PROGRAM QURBAN PEDULI SUNGAI BESAR DI KAFA INTEGRASI EHSANIAH

0
 
Penulis bergambar bersama-sama Saudara Shahrul Azmi
Pada 1 Julai 2023 yang lalu , berlangsungnya Program Korban di Kafa Integrasi Al-Ehsaniah , Taman Seri Indah Sungai Besar . Alhamdulillah Peduli Sungai Besar telah menyumbangkan 4 ekor kambing kepada sekolah ini untuk dikorbankan dalam program ini. Para peserta yang hadir pada hari ini terdiri daripada guru-guru dan juga ahli jawatankuasa Jemaah Jawatankuasa Pengurusan Sekolah (JJPS) . Majlis dimulakan dengan upacara sembelihan keempat-empat ekor kambing sebelum daging dan isi dilapah. Selepas itu diadakan majlis tahlil sebelum para peserta menikmati jamuan makanan yang disediakan.
 
Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan program pada hari ini.  Terima kasih tidak terhingga kepada para penyumbang kambing pada hari ini. Semoga segalanya diberkati Allah s.w.t.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)