SEJARAH KAMPUNG PARIT 8 , SUNGAI LEMAN

0

 

Kredit : Pusat Ekonomi Digital Sungai Leman

Pada hari Sabtu bersamaan 26 Jun 1946 terukirlah sejarah detik permulaan pembukaan tanah sawah Kampung Parit 8, Sungai Leman, Mukim Pasir Panjang pada ketika itu masih dalam Daerah Kuala Selangor.
 

Penerokaan tanah diketuai oleh Tuan Hj. Anang Bin Hj. Salleh dengan kerjasama Datok Sidang Hj. Said Ketua Kampung Pasir Panjang pada 27 Jun 1946. Datok Sidang Hj. Said membawa Datok Sidang Anang menuju ke Kuala Selangor mengadap Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor ( Ketika itu dipanggil D.O ) yang bernama Tuan Borry.

Pada 28 Jun 1946, pertemuan yang dihajatkan telah tercapai, Tuan Pegawai Daerah menerangkan memang benar tanah dikawasan tersebut hendak dibuka yang luasnya lebih kurang 17,000 ekar, dan kerajaan berjanji akan memberikan bantuan kepada para peneroka yang berminat dan berjaya dalam penerokaan tanah tersebut.
 
Pegawai Daerah meminta Datok Sidang Hj. Anang supaya mengumpul orang dan menyenaraikan nama-nama yang berminat serta dihantar segera ke pejabat Daerah Kuala Selangor dengan seberapa segera.
 

Datok Sidang Hj. Anang adalah orang yang diberi tanggungjawab untuk menjayakan pembukaan tanah bagi Kawasan Sungai Leman. Dengan usaha yang gigih dijalankan oleh Datok Sidang Hj. Anang peringkat permulaan beliau berjaya mendaftarkan seramai 143 orang yang dibawa dari tempat asalnya iaitu Daerah Kuala Kurau Perak pada 28 Julai 1946.

Setelah sampai ke Pasir Panjang beliau dapat menambah lagi orang yang berminat bersama-sama untuk meneroka tanah tersebut, maka berjumlah 191 orang semuanya. Setelah dikemukakan nama-nama kepada Tuan Pegawai Daerah, Tuan Pegawai Daerah amat gembira, kerana rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membuka tanah di Sungai Leman mendapat sambutan yang menggalakkan.

Dalam perbincangan lanjut, Tuan Pegawai Daerah memberi garis panduan pembahagian tanah dan bentuk bantuan kepada peneroka seperti berikut :

1.Setiap orang akan diberikan tanah seluas 3 ekar.
2.Diberi wang tunai sebanyak $150.00
3.Untuk mendirikan pondok dibekalkan 20 keping papan, 300 kepingatap nipah dan 3 kati paku.
4.Bantuan barang-barang makanan seperti beras, gula, tepung dan lain-lain yang bernilai $100.00 dan diberi berterusan bagi tiap tiap bulan.
5. Kerajaan akan membina dua buah rumah panjang iaitu : Sebuah di Pasir Panjang dan sebuah di Sungai Leman.

Tuan pegawai Daerah meminta Datok Hj. Said dan Datok Sidang Hj. Anang supaya mengumpulkan orang yang disenaraikan dan menentukan tempat dan tarikh untuk perjumpaan dengan Tuan Pegawai Daerah bagi memberikan penerangan lanjut berhunung dengan penerokaan.

Tuan pegawai Daerah Meminta suapaya berusaha mencari orang yang berminat lebih ramai lagi, kerana tanah yang hendak diterokai adalah luas dengan peneroka yang disenaraikan mungkin tidak mampu.Untuk menjayakan dan meyakinkan Tuan Pegawai Daerah, Datok Sidang Hj. Anang megutus surat kepada rakan-rakannya di Kuala Kurau, di Johor dan di Kedahmemeplawa untuk bersama-sama membuka tanah sawah di Sungai Leman dan Pasir Panjang, juga beliau mempelawa rakan-rakan beliau yang berada di kawasan Sungai Besar dan Bagan Terap.

Pada 13 September 1946 perjumpaan dibuat di Kuala Pasir Panjang berhampiran pintu air. Tuan Pegawai Daerah menasihatkan kepada semua pemohon supaya bekerja keras. Tuan Pegawai Daerah amat gembira melihat kehadiran orang ramai ketika itu Tuan Pegawai Daerah meminta En. Mat penolong tidak rasmi kepasa Datok Penghulu Mukim Tamjong Karang mendaftarkan nama-nama pemohon pada hari itu, berakhir pada jam 3.00 petang berjaya didaftarkan seramai 627 orang yang berminat, Tuan Pegawai Daerah amat gembira atas sambutan yang menggalakkan.

Pada 2 Oktober 1946 atas arahan Tuan Pegawai Daerah, En. Mat membawa dua keping plan tanah iaitu Kawasan Sungai Leman dan satu lagi Kawasan Pasir Panjang. En. Mat menerangkan tanah-tanah ini semuanya sudah disukat dan disediakan rezab untuk membuat jalan dan parit. Bagi kawasan Sungai Leman adalah dari Parit 7 hingga ke Tali Air 9 yang mana disebelah timur untuk kawasan tanah sawah dan disebelah barat untuk kawasan tanah kampung (seperti yang ada sekarang).

Pembukaan tanah di Sungai Leman agak senang sedikit daripada Pasir Panjang kerana dikawasan ini banyak pokok nibong, dengan yang demikian banyak lorong-lorong bekas orang mengeluarkan nibong untuk dijual kepada orang cina dengan harga $10.00 sebatang di pintu air Sungai Hj. Sirat Tali Air 7 Sungai Leman. Maka mudahlah peneroka keluar masuk mengusahakan tanah mereka.
 
 
SUMBER : Profail Kampung©2016
 
 

Kampung Sungai Leman mula diteroka pada awal tahun 1946 iaitu selepas tamat penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu. Dasarkan Ekonomi telah mendorong sekumpulan anak muda dan tua dari negeri Johor menyambut saranan kerajaan British supaya satu kawasan hutan yang tertinggal diterokai semula untuk melengkapkan kawasan tanaman padi didaerah Kuala Selangor pada ketika itu. Kawasan bersebelahan Pasir Panjang diutara dan Pekan Sekinchan diselatan telahpun dibuka dan diusahakan denagn tanaman padi.

Kumpulan yang telah diketuai oleh Tuan Haji Said dan Tuan Haji Ali yang datang dari daerah Batu Pahat Johor tiba dan berkumpul di rumah kongsi di Pasir Panjang sebelum diarahkan untuk meneroka hutan di kawasan Sungai Leman. Mereka dibekalkan beras,garam serta sedikit ikan kering. Denagn semagat waja dan pengalaman meneroka hutan di Bengkalis, mereka memulakan kerja penerokaan walaupun hanya berbekalkan kapak beliung dan gergaji panjang.

Kawansan hutan yang diterokai merupakan kawasan berpaya. Terdapat sekelompok orang asli yang tinggal dikawsan tersebut kerana kawsan sg leman kurang diterokai pada masa itu berbanding kawasan berhampiran yang telah diteroka terlebih awal.

Tuan Haji Said dan Tuan Haji Ali menebang dan meneroka hutan sehingan menjadikan sebuah kampung yang kini dikenali sebagai kampung Sg Leman dan dibahgaikan kepada 2 bahagian iaitu kasawan kelompok orang asli dikenali sebagai kawasan parit 7 dan sebahagian lagi dikenali sebagai Tali air 7.

Pada permulaan penerokaan, kumpulan peneroka ini hanya menanam padi dicelah-celah batang balak yang tidak dimakan api selepas pembakaran sekitar tahun 1948 barulah kumpulan ini membawa keluarga pindah kekawsan ini.

Mereka membina pondok daripada bahan sedia ada. Termasuk masjid yang dibina secara gotong royong pada tahun yang sama dan kini masjid tersebut dikenali sebagai masjid Nurul Falah.

Seperti lazimnya, tidak semua anak peneroka bertahan lama sebahagian mereka mengambil keputusan menjual dan meninggalkan tanah yang diteroka dan balik ke tempat asal. Pada ketika itu harga getah melambung naik menyebabkan datangnya pembli dan pengusaha baru dari Perak dan Sabak Bernam.

Berkat kegigihan peneroka lama itulah wujudnya Kampung Sungai Leman dan Kini semakin maju.

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)