PANTAI BUMI HIJAU : PERMATA TERSEMBUNYI DI SABAK BERNAM

0
 
Penulis bergambar berlatar belakangkan Selat Melaka

 
Terletak kira-kira 20 minit daripada Pekan Sabak dan 30 minit daripada Pekan Sungai Besar menjadi tarikan yang semakin meningkat naik di Sabak Bernam...
 
Masih belum terusik lagi... Jalan masuk ke pantai ini pun agak sempit dan berpasir.... Lokasi pantai ini agak ke dalam . Para pengunjung terpaksa menempuhi kolam udang persendirian untuk sampai kepadanya.
 
Tapi bila tiba di pantai, keindahan panorama cukup menawan hati. Dari kejauhan kelihatan kelong-kelong di tengah Selat Melaka... 
 
Tak seperti pantai-pantai yang lain yang mempunyai pelbagai kemudahan asas, ada papan tanda, ada jalan bertar, dan tempat jualan, pantai ini boleh dikatakan masih "dara". 
 
Pantai ini sesuai bagi mereka yang tidak mahu sangat kesibukan-kesibukan yang ada di pantai-pantai terkemuka yang lain, pada masa yang sama ingin menikmati keindahan alam.
Taip sahaja dalam Google Map atau Waze
 
 
KAMPUNG BUMI HIJAU, SABAK BERNAM 
 
Dulu pernah orang kampung buka gerai di sana, namun pihak berkuasa telah menyita tempat tersebut. Besar harapan saya supaya tempat ini boleh dimajukan untuk dijadikan tempat pelancongan yang mampu memberikan pendapatan kepada penduduk sekitarnya tanpa mengorbankan keindahan semulajadinya.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)