MASJID LAMA PARIT SERONG, TANJONG KARANG , SELANGOR

0

 



Gambar terbaru Masjid Lama Parit Serong yang diambil pada 18 Oktober 2025.

 Sudah lama saya berhasrat untuk singgah ke masjid lama ini. Alhamdulillah. Pada hari ini saya telah berkesempatan untuk menziarahi masjid yang telah lama ditinggalkan

Masjid ini dinamakan Masjid Lama Parit Serong yang terletak di Tanjong Karang, Selangor. Kedudukan masjid ini agak terpencil sedikit dari jalan besar menambahkan lagi keunikannya.
 
Di bahagian alang kubah terletak nombor 1936.3.16 dan tulisan jawi. Saya tak pasti apakah maksudnya.
Mungkin ia bermaksud 16. 3. 1936?
 


Adakah itu merupakan tarikh masjid itu siap dibina atau tarikh alang itu diukir?
 
Sumber pencarian saya melalui internet agak terhad. Cuma saya telah menemui keratan akhbar lama yang bertarikh 22 Januari 1968  telah menyatakan bahawa terdapat sebuah "masjid lama" yang telah dibina pada tahun 1930 di Parit Serong , Hujong Permatang. Boleh rujuk di sini .
 
 Jika benarlah keratan berita ini merujuk kepada masjid ini, maka ia mengesahkan bahawa masjid ini dibina pada tahun 1930-an. Manakala Masjid baru yang dimaksudkan dalam artikel berita tersebut merujuk kepada masjid baru Kampung Parit Serong iaitu Masjid Darul Iman ,Parit Serong.
 
Gambar-gambar yang saya ambil pada hari ini (18 Oktober 2025) berbeza sedikit dengan gambar-gambar yang tular di media sosial terutama Facebook , youtube dan tiktok. 
 
Terutama apabila saya tidak lagi menemui kubah berbentuk piramid yang dibuat daripada zin pada atas ruangan solat imam . Sila rujuk gambar 4 tahun lalu di sini.  Saya hanya menemui satu sahaja kubah berbentuk piramid pada hari ini. 
 
Zink juga kelihatan diganti dengan zink baharu seperti yang boleh diperhatikan di bawah. Mungkin ini merupakan sebahagian daripada Projek Membaik puih serta kerja berkaitan jalan wakaf yang diadakan pada tahun 2022. Wallahua'lam.
 
Besar hati saya supaya binaan masjid lama yang masih bersisa ini dibaik pulih dan diwartakan sebagai sebahagian daripada masjid / bangunan bersejarah di Malaysia. Mohon Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) , Jabatan Warisan Negara atau apa sahaja agensi yang berkaitan dapat mengambil inisiatif untuk membaik pulih seterusnya mengekalkan khazanah negara ini.
 
Video yang sempat saya ambil pada hari ini.
 


Berikut merupakan gambar-gambar yang saya ambil pada hari ini. 
 


Ruangan solat imam yang telah runtuh beberapa tahun lalu telah diperbaiki dengan kayu-kayu baharu.


Bahagian tepi masjid lama Parit Serong









Ruangan solat imam


Ruang solat masjid

Saya tak pasti apakah ini. Di setiap belah kubah ini terdapat bentuk seperti ini.






Tempat meletak barangan atau rak mini di bahagian "tulang" masjid











Salah satu tiang seri masjid ini














 
 
 
 
 
 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)
https://www.google.com/adsense/new/u/0/pub-2139388695532172/myads/sitesgoogle.com, pub-8340012288832533, DIRECT, f08c47fec0942fa0