MASJID AN-NUR , SUNGAI HAJI DORANI : Masjid yang menjadi mercu tanda sejarah Sungai Besar

0

 

 
Hari ini saya berkesempatan untuk solat di salah sebuah masjid paling lama di Sabak Bernam iaitu Masjid An-Nur, Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar. Reka bentuk kubahnya sangat menarik. Ia dibina pada tahun 1949 di atas tanah yang diwakafkan oleh orang kampung. Pembinaannya dilakukan secara bergotong-royong dengan dana pembiayaannya hasil sumbangan daripada orang ramai.

Masjid ini diberi nama sempena nama kampung iaitu Kampung Sungai Haji Dorani. Haji Dorani adalah pengasas kampung ini dengan dibantu pengikutnya yang terdiri daripada masyarakat Jawa. Antara ciri-ciri yang terdapat pada masjid ini ialah :
 
1) setiap bumbung dilengkapi dengan ukiran tembus cucur atap
2) puncak bumbung dilengkapi logo Kerajaan Negeri Selangor.
3) di tengah ruang masjid dilengkapi 4 tiang seri masjid
5) di bahagian atas , di tengah-tengah tiang utama masjid diletakkan beberapa batang kayu secar bersilang untuk menguatkan dan menampung bumbung bertingkat
6) Palang-palang diukir dengan ukiran motif tradisi Flora.
7) Di bahagian siling dilukis logo Kerajaan Negeri Selangor
8)  bahagian mihrab dihiasi dengan ukiran tebuk tembus.
 









































 
 
 
 
 
 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)