SEJARAH PENUBUHAN SK PARIT 4 SUNGAI BESAR

3

 

Sekolah Kebangsaan Parit 4 pada asalnya ditubuhkan dan dibina oleh penduduk-penduduk setempat yang diketuai oleh 3 orang  Sidang iaitu Sidang Hj. Yahya B. Bakar, Sidang Hj. Ajid B. Kasim dan Sidang Mat Ulu  B. Monel. Ia adalah disebabkan penduduk tidak perlu menghantar anak-anak mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani yang sejauh 3 KM dari penempatan mereka. Pada awalnya, bangunan sekolah ini beratap zink, berdinding suku dan hanya berlantaikan tanah.Ianya siap dibina pada 10 Julai 1951.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini telah menerima kemasukan seramai 70 orang  murid dan 4 orang  guru sahaja.Kemudian, sekolah ini telah diperbaiki oleh kerajaan demi keselesaan pembelajaran murid, iaitu dindingnya telah dipenuhkan sehingga ke atas dan lantainya turut disimen.Pada awal tahun 1953, sebuah bangunan sekolah tambahan telah didirikan oleh kerajaan.

Pada tahun 1968, sebuah kantin telah didirikan oleh kerajaan bagi menggantikan kantin yang  sudah lama dan uzur, pembinaannya siap dalam bulan November 1968.Dalam tahun  1976  iaitu pada awal bulan Mac  pula, akibat dari perkembangan dan pertambahan murid iaitu seramai 515 orang  dan 17 orang guru termasuk guru besar, sebuah bangunan tambahan 2 tingkat yang mengandungi 9 bilik darjah, sebuah bilik rehat  guru, sebuah pejabat, sebuah bilik  guru besar, dan sebuah bilik stor telah dibina, ianya siap pada tahun 1977. Bangunan ini telah dirasmikan pada 28 Mei 1978 oleh YAB.Dato’ Hormat bin Rafei (Menteri Besar Selangor) .    

 Kredit : SK Parit 4 

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan
  1. Alhamdulillah, arwah atok saya Sidang Hj Ajid Bin Kasim antara org utama terlibat dlm penubuhan SK Parit 4.
    Al-fatihah, semoga pahala mengalir buat mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhmadulillah.. Al fatihah

      Padam
    2. Tuan... Boleh saya dapatkan gambar arwah datuk tuan untuk saya masukkan dalam entry ini? Jika dibenarkan.

      Padam
Catat Ulasan