UNGKU AZIZ ABADI NAMAMU DI SEKOLAHKU

0



Kembalinya ke rahmatullah tokoh ilmuan dan ekonomi negara, Profesor Diraja Ungku Aziz bin Ungku Abdul Hamid pada usia 98 tahun.
 
Saya bukan nak menulis mengenai kehebatan idea-ideanya dlm DEB, Lembaga Tabung Haji atau Angkatan Koperasi Kebangsaan tetapi secebis kenangan mengenai sekolah saya, tempat sy menimba ilmu, mengenal usia remaja dan menjadikan aku seorang 'orang'. Satu-satunya sekolah yang memahat dan mengabadikan nama beliau (betulkan jika saya silap).
 
1970, sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam, Selangor dijenamakan kepada SMK Ungku Aziz, mengambil sempena nama tokoh ilmuan dan pendidikan itu. Dicatatkan bahawa beliau sendiri hadir ketika majlis pertukaran nama tersebut. 
 
1978, beliau sekali lagi hadir ke sekolah ini. Kami para pelajar begitu teruja menunggu ketibaannya. Sayalah diantaranya tu 😘 Masing-masing ada peranan. Ada yang memegang bunga manggar, diiringi kompang dan ada yg membuat persembahan dan aktiviti lain. Sebahagiannya pula menunggu di dewan sekolah.
 
Tinggi, kacak bergaya, kulit putih melepak. Masih tengiang-ngiang ucapan lembutnya, cukup memberi nasihat, semangat dan motivasi berkesan kepada kami. Antara yg saya ingat beliau menyatakan hanya itulah satu-satu sekolah atau institusi yg mengguna dan mengabadikan sempena nama beliau. 😍
 
Difaham beliau antara insan yg tak suka disanjung dan enggan menerima anugerah bergelar.
Seterusnya pada hari tersebut beliau turut merasmikan Koperasi sekolah, mungkin koperasi tersebut masih aktif beroperasi buat masa kini. Terima kasih Pak Ungku...
💐
Ini gambar ketika lawatan beliau ke SMK Ungku Aziz Sabak Bernam, Selangor pada 22.9.1978. Prof Ungku Aziz setia memakai seragam UM.
 

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)