PENEMUAN KUBUR BATU KEPINGAN DI CHANGKAT MENTERI

0

 
 
Sejarah penemuan kebudayaan dan tradisi penguburan batu kepingan ini bermula pada tahun 1895, apabila sebuah kubur telah ditemukan oleh J.A. Legge sewaktu kerja-kerja memasang beacon di Bukit Changkat Menteri tidak jauh dari Sungai Bernam (Evan, 1928). Tapak ini kemudiannya digali cari pada tahun 1919 oleh H.C Robinson dan R.O Winstedt. 
 
Pada tahun 1992 , pasukan penyelidik dari UM, Muzium Alam Shah Selangor, dan JMA menjalankan beberapa siri penyelidikan sehinggalah pada tahun 1997 yang tertumpu di kawasan Changkat Menteri, Perak. Kerjapkerja penyelidikan tersebut telah berjaya menemukan sekurang-kurangnya lapan tapak kubur batu kepingan yang baharu dan ditandai dengan nama K1 hingga K8. 
 
Hampir kesemua kubur batu kepingan tersebut berada dalam keadaan terganggu kecuali K7. Selepas itu , beberapa siri penjelahan telah dilakukan oleh Unit Arkeologi , Jabatan Muzium dan Antikuiti dari tahun 2001 hingga tahun 2005 dengan kerjasama Jabatn Sejarah, Univerisiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tetapi sayangnya hasilnya tidak pernah diterbitkan. Sehingga kini, hampir 20 buah tapak kubur batu kepingan telah ditemukan di digali cari, tidak mengambil kira penemuan loose slab yang tidak digali cari. Kubur batu kepingan ini diperbuat daripada kepingan-kepingan batu granit yang banyak terdapat di bahagian kaki banjaran Titiwangsa , khususnya di hulu Sungai seperti hulu Sungai Bernam.... 
 
(Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu, 2018)
 

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)