DR. MOHAMED SALLEH LAMRY : DARI GURU BESAR SK PARIT BARU KE BIDANG INTELEKTUAL MENARA GADING

0

 

Rupa-rupanya ahli antropologi  dan penulis buku-buku Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan , Dr. Mohamed Salleh Lamry pernah menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Baru, Sabak Bernam pada usia yang cukup muda iaitu 26 tahun . Pada mulanya beliau hanya menjadi pemangku Guru Besar  pada awal tahun 1966  disebabkan guru besar yang ada telah bersara manakala penolong kanan pula dipindahkan ke tempat lain. Ketika itu beliau berusia 24 tahun. Beliau diangkat sebagai pemangku Guru Besar disebabkan ketiadaan guru kanan di sekolah tersebut. Lagipun beliau merupakan guru yang paling lama berkhidmat dalam bidang perguruan berbanding guru-guru yang lain.

 Namun pada  1 Oktober 1968 , beliau akhirnya dilantik menjadi Guru Besar rasmi setelah beliau menghantar surat kepada Jabatan Pelajaran Selangor . Beliau bertugas sebagai guru besar di sana sehingga bulan Mei 1971.Beliau juga pernah diamanahkan menjadi  Pengerusi Persatuan Belia Kampung Parit Baharu Sabak Bernam semasa beliau berkhidmat di sana. Jawatan ini ditawarkan kepada beliau semasa beliau masih lagi menjawat jawatan pemangku Guru Besar disebabkan hubungan baik beliau dengan penduduk kampung terutama para belia. 

Gambar di bawah ialah keratan Berita harian bertarikh 19 September 1968 yang melaporkan tentang perkara itu. Berkenaan dengan perkara ini, beliau pernah menyebutnya di dalam bukunya Memoir Mohamed Salleh Lamry : Guru Melayu Terakhir.

 "Kebetulan pada masa itu saya mempunyai hubungan baik dengan seorang wartawan yang menjadi pemberita daerah akhbar Berita Harian. Kenaikan pangkat saya ke jawatan Guru Besar itu saya maklumkan kepada belaiu. Dengan itu, perlantikan saya sebagai Guru Besar telah dimuatkan sebagai berita kecil dalam akhbar tersebut berserta dengan gambar saya"

(2009 , mukasurat 49) 

 Beliau adalah mantan Profesor Madya dan Sarjana Tamu di Program Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.




 

 




Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)