Pada petang ini Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada seorang pesakit yang menderita penyakit lutut di Parit 4 1/2 Sungai Panjang. Pesakit ini sekarang menjalani fisioterapi di Klinik Kesihatan Simpang 5 secara berkala bagi memulihkan pergerakannya.
Encik Abu telah menderita penyakit ini selama beberapa bulan sehingga dia tidak mampu berjalan dengan baik kerana apabila dia berjalan, dia akan merasa kakinya seperti dicucuk-cucuk duri. Doktor tidak dapat mengenalpasti penyakit yang dideritainya. Cuma kemungkinan besar ia berpunca daripada pekerjaannya sebelum ini sebagai pengopek kelapa.
Sebelum ini dia menderita sakit bahagian pinggang sebelum kesakitannya merebak ke bahagian lutut. Sumbangan kerusi roda ini amat bermakna kepada Encik Abu memandangkan ia akan memudahkan pergerakan Encik Abu ke mana-mana terutama ke hospital atau klinik. Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang dideritai oleh Encik Abu ini. Amin.
Gerila Kebajikan amat memerlukan sumbangan kelengkapan pesakit samada baru mahupun terpakai untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.
Antara kelengkapan yang kami perlukan ialah :
1) katil hospital
2) kerusi roda
3) tongkat
4) lampin dewasa
5) tilam angin
6) ubatan
7) susu pesakit yang tak dibuka lagi.
8) Pek Makanan
Selain itu, kami juga menerima sumbangan wang ringgit yang boleh dimasukkan terus ke akaun bank kami.
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 013-3059357.