Kampung Sungai Lang merupakan nama asal bagi kampung ini. Nama Sungai Lang ini diambil sempena daripada burung helang laut yang tinggal di kawasan pokok yang terdapat di sepanjang tebing sungai. Namun, kini telah telah ditukar menjadi nama Kampung Parit Baru Baruh kerana kedudukannya yang terletak di utara Negeri Selangor.
Pada tahun 1930-an, kampung ini dibangunkan oleh golongan masyarakat yang datang dari Daerah Hilir Perak terutama dari Bagan Datoh dan Hutan Melintang. Mereka telah meneroka kawasan ini secara meluas untuk mewujudkan sebuah kampung. Oleh itu, mereka telah menggunakan sungai sebagai jalan untuk ke kampung ini. Kampung ini diketuai oleh Tuan Haji Abdul Hassan Bin Haji Abdul Razak. Selain itu, mereka bercucuk tanam dan menanam padi untuk menyara hidup.
Pada tahun 1938, nama Kampung Sungai Lang telah ditukar kepada nama Kampung Parit Baru di bawah pentadbiran dua (2) mukim iaitu Mukim Bagan Nakhoda Omar dan Mukim Sungai Air Tawar. Selain itu, terdapat juga dua buah kampung lagi telah diwujudkan iaitu Kampung Teluk Rhu dan Kampung Sungai Apong.
Pada asalnya Kampung Parit Baru adalah meliputi Kg Parit Baru
Baruh, Parit Baru Pekan Dan Sungai Apong. Kadar pertumbuhan penduduk kampung
parit baru adalah tinggi, jadi untuk memudahkan pentadbiran kampung, pada
sekitar tahun 1972 Kampung Parit Baharu ini di pecahkan kepada 3 Bahagian yang
lebih kecil untuk memudahkan pentadbiran. Dari hasil pecahan kawasan ni maka
wujudlah Kampung Parit Baru Pekan, Kampung Parit Baru Baruh dan Sungai
Apong.
(Sumber SPKPN )
Sumber :
http://paritbarubaruh.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/sejarah/44-sejarah
http://paritbarupekan.blogspot.com/p/blog-page.html