ISU ANAK PEMIMPIN POLITIK MENJADI DJ KELAB HIBURAN

0

 


Maaflah. Saya tak bersetuju dengan tindakan penyokong politik yang bersuka ria melihat anak-anak atau kehidupan keluarga musuh politik mereka berantakan . Jika dulu kita merasa amat berat hati menerima berita anak-anak pemimpin kita ditahan kerana terlibat dengan pil kuda dan ganja, kenapa kita begitu teruja menerima kisah anak kepada musuh politik kita terlibat dengan DJ hiburan? Kenapa perbezaan pandangan politik antara kita dengan bapanya itu menjadikan kita galak untuk menghentam anak pinak dan kaum kerabat musuh politik kita?
 
Anak-anak yang telah baligh, berakal dan juga telah dewasa biarkan mereka memilih halatuju mereka sendiri. Baik buruk mereka tidak menjadikan ayah ibu yang membesarkan dan mendidik mereka sebagai seorang yang GAGAL Kadangkala kita sudah mendidik apa yang terbaik untuk anak-anak. Tetapi anak-anak itu sendiri memilih jalannya setelah diasuh dan dididik bertahun-tahun .Itu bukan bermakna ibu bapa tidak ada tanggungjawab membetulkan anak-anak. Tetapi mungkin ibu bapa sendiri telah menegur anak-anak. 
 
Saya mempunyai 3 orang anak di mana dua daripada mereka adalah perempuan. Anak-anak saya ini saya didik dengan penuh kasih sayang, teguran dan panduan yang sepatutnya dari seorang bapa kepada anak-anaknya. Dengan didikan ini, saya harap mereka akan menjadi anak-anak yang berguna kepada agama , bangsa dan negara. Namun pada masa yang saya sentiasa doakan agar Allah jauhkan kami sekeluarga diuji dengan ujian yang tak mampu kami pikul terutama berkaitan maruah dan agama. Kita sendiri pun tak tahu sejauhmana perjalanan anak-anak kita di hadapan sana. 
 
Jika di zaman para nabi sendiri ada kalangan kaum keluarga nabi yang tersasar bahkan tidak beriman kepada apa yang diseru oleh nabi. Inikan pula pada zaman manusia yang tidak sempurna ini di mana anak-anak berhadapan dengan 1001 cabaran untuk menjadi muslim yang baik. Saya sokong kita hentam sahaja apa jua fitnah, penipuan , penyelewengan yang dilakukan oleh para ibu bapa mereka yang terlibat dengan politik. Pada masa yang sama berhentilah menggunakan modal "anak-anak" untuk menghancurkan kredibiliti seseorang manusia lain. 
 
Pada pandangan saya, orang yang menggunakan modal kaum keluarga yang terlibat dengan isu moral ini sebagai seorang yang BACUL. Melainkan anak pinah ahli politik itu bersubahat dengan melakukan penyelewengan yang melibatkan harta benda awam. Itu lain cerita.
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا
مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
 
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allâh terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
 
[at-Tahrîm/66:6]
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)