![]() |
| Papan tanda Masjid Lama Kampung Masjid Sungai Selisek , Selangor |
Masjid kedua yang saya singgah ialah Masjid Lama Kampung Masjid Sungai Selisek. Masjid ini dikatakan dibina pada tahun 1939 oleh penduduk - penduduk kampung yang diketuai oleh Bahom. Apa yang menarik minat saya terhadap masjid ini ialah rekabentuk kubahnya yang agak lain daripada yang lain.
Dikatakan bahawa kubah ini merupakan kubah asal masjid ini. Pada mulanya saya hanya dapat mengambil gambar masjid ini daripada luar sahaja memandangkan kesemua pintu utama masjid dikunci dengan mangga. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki yang bertindak sebagai penjaga datang membuka kunci mangga masjid tersebut.
Alhamdulillah, saya dapat masuk ke ruangan solat masjid juga dan melihat sendiri 4 tiang seri masjid dan juga mimbar asal masjid setelah mangga dibuka oleh penjaga masjid tersebut . Rasa sangat kagum bila membayangkan bahawa orang zaman dahulu mampu menebang dan memahat pokok tebal untuk dijadikan 4 tiang utama masjid yang tinggi.
![]() |
| Mimbar lama yang cantik dengan ukiran-ukiran bermotifkan tumbuhan |
Terdapat satu tangga kecil di ruangan solat yang membawa kita ke atas kubah dan bahagian bumbung masjid. Mimbar juga berada dalam keadaan cantik dan kukuh. Dikhabarkan ada pihak tertentu sangat berminat dengan mimbar ini, namun tidak dipersetujui oleh penduduk tempatan.
Sayangnya masjid ini dikatakan tidak lagi digunakan melainkan pada bulan Ramadan sahaja untuk tujuan ibadat. Penjaga masjid tersebut ada bertanya kepada saya sama ada saya ini adalah seorang tiktokers. Saya jawab "Ya" walaupun hakikatnya followers saya tak sampai 2000 orang pun.
Mulanya saya pelik dengan pertanyaan tersebut. Akhir sekali, saya fikir mungkin beliau maksudkan bahawa "kuasa tular" pempengaruh mampu membawa suara terpendam penduduk kampung di sini. Ironinya saya bukan pempengaruh.
Penjaga ini mohon supaya saya menyuarakan hasrat penduduk kampung ini supaya masjid ini diberikan peruntukan untuk naik taraf dan penjagaan masjid memandangkan banyak juga cermin masjid ini telah pun pecah dan tidak digantikan.
Mungkin ada kalangan pembaca di sini boleh suarakan kepada agensi berkaitan supaya hasrat penduduk kampung ini tercapai. Amatlah sayang apabila masjid berusia hampir 100 tahun ini tidak terjaga dengan baik.
Gambar-gambar lain
![]() |
| Gambar mimbar dari sudut tepi |
![]() |
| Ketuk-ketuk atau kerantung yang tidakm lagi digunakan. |
![]() |
| Gambar mimbar dari jauh |
![]() |
| Keunikan reka bentuk siling menyerlahkan keunikannya |
![]() |
| Kubah unik |
![]() |
| Siling yang unik |
![]() |
| Dinding bahagian atas bercermin bagi membenarkan cahaya masuk |
![]() |
| Corak tingkap yang istimewa. |
![]() |
| Salah satu daripada tiang seri |
![]() |
| Kelihatan tangga kecil yang menuju ke kubah |




























