Dalam kesibukan para penduduk
kampung meneroka sawah ladang, menebang dan menebas hutan, mereka tidak
lupa betapa pentingnnya pelajaran terhadap masa depan anak-anak mereka.
Mereka sempat bermuafakat dan menyuarakan hasrat mereka kepada kerajaan
meminta disediakan sebuah sekolah di kampung itu. Dengan ikhsan kerajaan
negeri Selangor, sebuah sekolah yang sederhana besarnya telah siap
dibina pada tahun 1902 untuk menampung keperluan pendidikan anak-anak
tempatan. Seorang guru, Raja Brima telah ditugaskan untuk mengelola dan
mengajar di sekolah ini.
Pada 17hb November 1902, sekolah
ini dengan rasminya dibuka dengan bilangan murid berdaftar seramai 38
orang. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Pancang Pedena. Menurut
keterangan awal di dalam buku perharian sekolah, Guru Besar yang pertama
ditugaskan di sini ialah Raja Brima di bawah arahan Encik Ibrahim
(nazir) berpangkat Assisting Visiting Teacher, mengikut undang-undang
kerajaan negeri Selangor.
Menurut kata Allahyarham Cikgu
Ibrahim Bakir, bekas Guru Besar sekolah ini (1928-1937) diceritakan
semula oleh Encik Hussin bin Jabar, 54 tahun iaitu bekas murid tua
sekolah itu mengatakan sekolah ini dibina atas sebidang tanah tinggi
yang kelihatannya seperti permatang (benteng) tidak jauh dari pantai
Pancang Pedena. Di sekeliling kawasan itu ditumbuhi dengan pokok api-api
iaitu sejenis kayu liat.
Di awal penubuhan, sekolah ini
menampung sebilangan murid-murid yang datang dari kampung-kampung
sekitar Pancang Pedena termasuk kawasan-kawasan Parit 1,2 dan 3, Sg.
Besar, Tebuk Pulai, Sg. Burung dan Sg. Gatal. Bilangan murid-murid
bertambah dari sehari ke sehari.
Salah seorang pengasas sekolah
ini ialah Datok Penghulu Haji Mohammed yang sentiasa mengambil berat
tentang perjalanan sekolah ini.
2. Sekolah Melayu Panchang Bedena
3. Sekolah Umum Panchang Bedena
4. Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena
( Kekal sehingga sekarang )
Sekolah ini pernah menggunakan nama-nama.....
1. Sekolah Panchang Bedena2. Sekolah Melayu Panchang Bedena
3. Sekolah Umum Panchang Bedena
4. Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena
( Kekal sehingga sekarang )