SEJARAH KAMPUNG BATU 23 SUNGAI NIBONG SEKINCHAN SELANGOR

0



Kampung Batu 23 Sungai Nibong merupakan salah sebuah kampung yang terdapat di Mukim Pasir Panjang.  Asalnya Kampung Batu 23 ini adalah pecahan daripada Kampung Pasir Panjang dan dulunya dipanggil sebagai Kampung Asam Jawa. Nama ini pula diperolehi kerana terdapatnya sebatang pokok asam jawa besar di tepi ban lama kampung tersebut.

 

            Kisah Kampung Asam Jawa telah diterokai pada tahun 1912 yang diketuai oleh Pawang Saad dari Melaka bersama beberapa orang pengikutnya. Berkampungnya mereka di Kampung Asam Jawa apabila melalui jalan sungai. Kawasan ini lama kelamaan kian luas hingga ke Sekinchan. Makin ramailah sanak saudara dan keluarga peneroka yang kebanyakkannya berasal dari Melaka dan Johor. Kawasan petempatan pula semakin berkembang hingga ke tepi pantai malahan hutan juga diterokai bertujuan untuk pertanian. Penghulu pertama Kampung Pasir Panjang ialah Tuan Haji Said yang mentadbir dari Sekinchan hingga Sungai Nibong.

           Nama Kampung Sungai Nibong diberikan kerana terdapat banyak pokok nibung di tepi sungai kawasan.  Penduduk Sungai Nibong kian bertambah penduduknya dan pentadbiran juga bertukar ganti di mana  jawatan ketua kampung telah diganti oleh Tuan Haji Omar bin Haji Saidiaitu anak kepada Penghulu  Haji Said.

 Sumber :  https://totally18spies.wixsite.com/website

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)