MAKAM 6 ORANG PENGASAS SABAK BERNAM ?

0

Kisah yang masyhur berkenaan bagaimana wujudnya nama Sabak Bernam ialah apabila terdapat enam orang sahabat datang ke kawasan ini dan meneroka kawasan yang dahulunya penuh dengan hutan belantara dan tanah gambut ini. Dikisahkan bahawa keenam-enam sahabat ini akhirnya masing-masing membawa halatuju sendiri dengan membuka kawasan-kawasan baru. Cerita ini tambah meyakinkan apabila dikatakan keenam-enam sahabat ini menjadi keramat dan dikunjungi orang ramai untuk membayar niat dan nazar pada suatu ketika dahulu. Antara keramat-keramat yang dikaitkan dengan keenam-enam pengasas Sabak Bernam ini ialah :

 
1) Keramat Sabak (atau dikenali sebagai Sungai Lang)
 
2) Keramat Pantai Landu (Lundu)
 
3) Keramat Kemboja
 
4) Keramat Lubuk Pusing
 
5) Keramat Sepong
 
6) Keramat Keranji.
 
Berikut merupakan gambar-gambar lama yang dikaitkan dengan keramat/ makam/ kubur pengasas kepada daerah Sabak Bernam ini. Keramat Pantai Lundu dan Keramat Keranji tidak disertakan dalam buku Sabak Bernam dan Sejarahnya karya Yusoff Hassan. Saya sendiri tidak pasti samaada masih wujudkah keramat-keramat (kubur lama/ makam) ini ? Atau sudah hilang batu nisannya ditelan pembangunan mahupun hutan belukar. Jika ada sesiapa mempunyai maklumat berkenaan perkara ini, bolehlah kongsikan bersama saya melalui ruangan komentar di bawah.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)