SABAK BERNAM MULA MENDAPAT BEKALAN ELEKTRIK PADA.......

0

 

Sebagai ganti pelita minyak tanah, minyak kelapa, belerang, andang suluh, pelita dan sebagainya untuk menerangi penglihatan terutama pada waktu malam, usaha untuk mendapatkan bekalan elektrik telah dimasukan kepada kerajaan negeri. Pada tahun 1947 , pentadbir Sabak Bernam telah bercadang untuk memohon bekalan elektrik pada kerajaan Selangor. Malangnya , disebabkan negara berada dalam keadaan ekonomi yang meleset ketika itu, cadangan ini ditangguhkan sementara. 

Mujurlah ada seorang tauke Cina yang bernama Tan Kay Swee dengan gelaran Dato' Kurnia Bakti DiRaja Orang Kaya Sabak Bernam  berjaya mendapatkan lesen dari pihak kerajaan untuk membina mesin yang menghasilkan elektrik selama 20 tahun. Kelulusan ini berkuatkuasa pada 8 Julai 1959 . Sejak itulah pekan Sabak Bernam bermandikan cahaya neon pada waktu malam. 

 Sumber : Sabak Bernam dan Sejarahnya, Yusoff Hassan 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)