BILAKAH PENDUDUK SABAK BERNAM MULA MENDAPAT BEKALAN AIR PAIP ?

0

 


Penduduk Sabak Bernam mendapat bekalan air paip selepas tahun 1940 iaitu dengan terbinanya sebuah mesin pam bagi menyedut air Sungai Bernam . Air ini dialirkan masuk ke sebuah takungan , ditapis dan dimasukkan bahan . Walaubagaimanapun, air ini dikatakan tidak sebersih air paip yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Air Selangor. Tidak lama selepas projek ini berjalan, musim kemarau panjang pun tiba di bumi Sabak Bernam. Daripada situ, air sungai mula menjadi cetek , manakala air yang dipam itu berlumpur dan masin serta tidak sesuai diminum.  Air yang dipam ini tidak dapat menampung semua rakyat Sabak Bernam . Sebagai alternatifnya , penduduk menggunakan air kolam dan air hujan untuk minuman. Air sungai dan tali air pula dijadikan tempat mandi manda.

 Sumber : Sabak Bernam dan Sejarahnya , Yusoff Hassan

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)