![]() |
Penulis bergambar di hadapan Masjid Raja Kampung Chepor, Lenggong Perak. |
Semasa dalam perjalanan ke Sabak Bernam, saya sempat singgah ke sebuah masjid lama di Kampung Chepor , Lenggong Perak. Masjid ini dibina pada 1541 yang merupakan masjid kedua tertua di negeri Perak selepas Masjid Pachat Manong, Kuala Kangsar (1512).
Masjid yang dibina secara gotong-royong itu dikenali sebagai Masjid Raja kerana pembinaannya dilaksanakan pada zaman Sultan Perak pertama, Sultan Mudzaffar Shah 1 (1528-1549).
![]() |
Gambar belakang Masjid Raja. Di halaman masjid terdapat banyak kubur. |
Ia juga dibina sebagai menyahut titah baginda supaya setiap kampung dalam negeri serta jajahan takluknya dibina sebuah masjid.
Masjid ini dikatakan telah mengalami 3 pengubahsuaian besar sejak ia dibina pada 484 tahun yang lalu iaitu 30 tahun selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511 ke tangan Portugis.
Masjid ini telah dibina oleh Tun Saban dan Tun Puteh atas titah perintah Sultan Perak pertama, Sultan Muzaffar Shah I. Binaan masjid bercirikan reka bentuk Melayu, Riau, Sumatera, Minangkabau, Deli dan Langkap.
Apa yang istimewanya ialah, masjid ini telah dibina di atas lapisan debu volkanik Toba yang meletus pada 75,000 tahun yang lalu.
Lain-lain gambar