MASJID TERTUA DI PERAK : MASJID KAMPUNG PACHAT

0

 

Papan tanda yang menandakan tapak bagi Masjid Kampung Pachat 


Saya cuba membuat carian di Google berkenaan masjid tertua (1512) di Perak iaitu Masjid Kampung Pachat. Namun saya mendapati daripada sumber YouTube bahawa masjid ini hanya tinggal tapak dan sebatang tiang seri di Kampung Pachat. 
 
Sumber catatan dalam talian. Perlukan pengesahan daripada mereka yang berautoriti.

Menurut sumber blog lagi, Masjid ini kemudiannya dipindahkan dari Kampung Pachat ke Kampung Ara Panjang, Manong dan diberi nama Masjid Sultan Iskandar Dzulkarnain Idris Shah. Saya cuba membuat carian Internet berkenaan Masjid Sultan Iskandar Dzulkarnain Idris Shah, namun diberikan gambar Google Earth seperti gambar di bawah.
 
Cetakan skrin bagi gambar Masjid Sultan Iskandar Dzulkarnain Idris Shah yang dikatakan menerima kayu kekuda dan tiang daripada Masjid Kampung Pachat.


Ada sesiapa boleh mengesahkan bahawa Masjid di bawah merupakan Masjid Sultan Iskandar Dzulkarnain Idris Shah? Gambar yang lain tidak ada di Internet. Menurut sumber Portal Masjid, Masjid ini dibina 10/07/1940.
 
Pautan video tapak Masjid Kampung Pachat : https://youtu.be/tDYSRbvjI5U?si=hNYcAaQVvdWKBzNx
 
Pautan Google Earth MASJID SULTAN ISKANDAR DZULKARNAIN IDRIS SHAH

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)