SEJARAH PANCHANG BEDENA (SUNGAI BESAR)

0

 


1) Kampung ini pada asalnya diberi nama sebagai Kampung Api-Api kerana terdapat banyaknya pokok api-api yang terdapat di sana

2) kemudiannya ditukar kepada kepada nama Panchang Bedena disebabkan peristiwa penemuan sebuah bedena besar (tempayan bekas menyimpan harta) di dasar laut yang kemudiannya dipancang kayu oleh penduduk kampung sebagai tanda untuk memudahkan orang ramai membawanya ke darat. 
 
3) Kampung ini diasaskan oleh Penghulu Haji Talib atau Haji Taib Keramat iaitu orang yang mula-mula datang dan membuka kampung ini selepas perang Selangor (1867-1873).
 
4) Tuan Haji Muhammad bin Haji Shafie iaitu menantu kepada Penghulu Haji Talib membina Masjid Panchang Bedena Lama @ Masjid Jin pada tahun 1905 (masjid tertua di Sabak Bernam) 
 
Sumber : Warisan Masjid-masjid lama di Selangor, Mohd Zainuddin Abdullah, Noorhayati bt Md Yatim.

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)