SENARAI SASTERAWAN NEGARA (SN) DAN TOKOH-TOKOH SASTERA KELAHIRAN SABAK BERNAM

0

Senarai ini merupakan himpunan maklumat daripada tulisan tangan Datuk Dr. Ibrahim bin Abdul Ghaffar yang diperoleh penulis ketika Program Wacana Sejarah Sabak Bernam yang berlangsung pada 24 Jun 2023 yang lalu di Bilik Seminar Perpustakaan Daerah Sabak Bernam. 

 

 Senarai ini merupakan senarai ringkas yang perlu dihurai dan pengkajian lebih lanjut berkenaan tokoh-tokoh yang dinyatakan. 

 

Dato' Baharuddin bin Zainal atau dikenali sebagai Baha Zain

 1) Dato' Baharuddin bin Zainal , Sasterawan Negara. Lahir pada 22 Mei 1939 di Padang Kota, Seberang Sabak Bernam . 

 

2) Dato' Dr. Mohd Anwar bin Haji Ridhwan, Sasterawan Negara. Beliau lahir pada 5 Ogos 1949 di Parit 1, Sungai Besar, Sabak Bernam .

 

3) Datuk Dr. Ibrahim bin Abdul Ghaffar, sasterawan dan pelukis. Lahir pada 2 Ogos 1950 di Kampung Lubuk Pusing, Sabak Bernam.

 

4) Prof. Dr. Noriah binti Mohamed ,  seorang ilmuan , pendidikdan sasterawan . Lahir pada 20 Januari 1944 di Batu 2 Sepnitas, Sabak Bernam .

 

5) Dr. Wahid bin Kasran. Beliau merupakan seorang pendidik, penulis dan sasterawan. Beliau lahir pada 6 Disember 1948 di Kampung Batu 38 Sabak Bernam .

 

6)  Dr. Mohd Sahlan bin Mohd Saman. Pendidik , penulis dan sasterawan . Lahir pada tahun 1949 di Sungai Besar, Sabak Bernam.

 

7) Sabar bin Bohari : Pendidik bertauliah , penulis dan sasterawan . Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Besar pada 25 September 1940. 


 8) Dr. Mashudi bin Bahari, pendidik , penulis dan sasterawan . Beliau dilahirkan di Kampung Parit Baru, Sabak Bernam. Tarikh kelahiran tidak dinyatakan.

 

 9) Tuan Haji Hamzah bin Hamdani, penerbit, pengarang dan penulis. Beliau lahir pada 8 Oktober 1953 di Kampung Tebuk Haji Harun , Sabak Bernam. 

 

 10) Dr. Hamedi bin Adnan, ;pensyarah , penyelidik dan sasterawan. Beliau lahir pada 16 Jun 1965 di Kampung Batu 37 Darat, Sabak Bernam.

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)