MERAYU SUMBANGAN KATIL HOSPITAL UNTUK KEGUNAAN PESAKIT DAERAH SABAK BERNAM

0

 


Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar amat memerlukan bekalan katil hospital untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan di daerah Sabak Bernam. Katil ini dianggap sebagai katil wakaf dan akan digunakan dari seorang pesakit kepada pesakit yang lain. Projek ini sudah bermula pada tahun 2020 lagi. Semoga pahala wakaf ini berpanjangan selagimana ia memberi manfaat kepada orang lain.

 
Jika ada sesiapa yang ingin mewakafkan katil hospital atau tilam udara kepada kami, boleh klik link di bawah. Saya akan berikan alamat rumah saya untuk dihantar katil ini. Terima kasih.
 
Anggaran harga TERMASUK kos penghantaran ke rumah saya. 
 
Pautan katil hospital :
 
 
Pautan tilam udara :
 
Selain daripada itu, Gerila Kebajikan juga amat memerlukan sumbangan kelengkapan pesakit samada baru mahupun terpakai untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Antara kelengkapan yang kami perlukan ialah :
 
1) katil hospital
2) kerusi roda
3) tongkat
4) lampin dewasa
5) tilam angin
6) ubatan
7) susu pesakit yang tak dibuka lagi.
8)  Pek Makanan
 
Kami juga menerima sumbangan wang ringgit yang boleh dimasukkan terus ke akaun bank kami.
 
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 013-3059357
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)