MENZIARAHI PAK ALI DI PASIR PANJANG

0

Gerila Kebajikan Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar menziarahi Pak Ali yang berumur 80 tahun di rumahnya di Pasir Panjang . Sayu melihat Pak Ali yang berkerusi roda dan tersenyum-senyum sambil melambaikan tangannya kepada kami.

Pak Ali menghidap penyakit strok sejak beberapa bulan yang lalu. Strok itu menyebabkan bahagian badan sebelah kanannya tidak dapat digerakkan dengan baik. Dalam keuzuran Pak Ali, dia berusaha untuk bercakap dan tersenyum . Pak Ali bergantung pada susu yang dimasukkan melalui hidung memandangkan mulutnya tidak boleh dibuka .
 
Apa yang meruntun perasaan kami lagi ialah apabila isteri Pak Ali juga menghidapi strok sejak 6 tahun lalu lagi. Selama ini Pak Ali menjaga dan menguruskan isterinya yang sakit semenjak 6 tahun lalu sehinggalah penyakit yang sama turut dihadapi oleh beliau. Pak Ali tinggal berdua sahaja di rumah ini memandangkan anak-anaknya sudahpun berumah tangga dan ada kehidupan sendiri.
 
Kami sempat berbual dengan anak perempuan dan menantu Pak Ali yang menceritakan bahawa dalam kalangan mereka adik beradik sudah ada jadual untuk mereka datang dan menguruskan kedua orang tua mereka ini. Mereka adik beradik termasuklah anak saudara pak Ali akan menguruskan makan minum mandi dan perubatan Pak Ali dan isterinya mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Sungguh kagum kami dengan persiapan dan kesungguhan mereka semua dalam menjaga ibu ayah mereka. Semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga ini serta diberikan kesembuhan kepada Pak Ali dan isterinya. Amin .
 
************************************************
 
Gerila Kebajikan amat memerlukan sumbangan kelengkapan pesakit samada baru mahupun terpakai untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Antara kelengkapan yang kami perlukan ialah :
1) katil hospital
2) kerusi roda
3) tongkat
4) lampin dewasa
5) tilam angin
6) ubatan
7) susu pesakit yang tak dibuka lagi.
8) Pek Makanan
 
Selain itu, kami juga menerima sumbangan wang ringgit yang boleh dimasukkan terus ke akaun bank kami.
 
Nama : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
 
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 013-3059357
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)