SEJARAH BAGAN TERAP

0

 

KAMPUNG BAGAN TERAP  Dari buku KOLEKSI CERITA RAKYAT DAERAH SABAK BERNAM terbitan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor


cropped-img_0212.jpg 

Kisah KAMPUNG BAGAN TERAP ada kaitan dengan pokok terap yang terdapat di kawasan ini.  Nama kampung ini diperolehi kerana di kawaan ini terdapat banyak pokok terap yang tumbuh suatu ketika dahulu.

Mengikut orang-orang dahulu,  tempat yang baru dibuka tidak akan dipanggil pekan tetapi dipanggil sebagai kampung.  Oleh kerana kampung yang banyak pokok ini berkedekatan dengan sungai,  maka dibina pondok-pondok untuk memudahkan penduduk menjalankan kerja-kerja menangkap ikan.

Pondok-pondok perhentian ini dipanggil sebagai ‘bagan’ dan di keliling kawasan pondok tersebut banyak pokok-pokok terap.  Oleh itu,  kampung ini pun dinamakan ‘KAMPUNG BAGAN TERAP’. 

 

 


Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)