SABAK
BERNAM - Siapa sangka, sebelum tahun 1950-an, Kampung Lubuk Pusing,
Bagan Terap dulunya adalah sebuah sungai yang merbahaya disebabkan
pusaran airnya yang berpusing-pusing dengan deras hingga menenggelamkan
kapal dagangan dan mengorbankan banyak nyawa.
Tidak hairanlah,
apabila nama kampung itu berasal daripada perkataan ‘lubuk pusing’ yang
diambil sempena sebuah kawasan sungai yang mempunyai sebuah lubuk dengan
airnya berpusing-pusing.
Mengikut sejarahnya pula, sebahagian
besar Kampung Lubuk Pusing asalnya dari Sungai Bernam yang menjadi
laluan kapal-kapal besar menjalankan aktiviti perdagangan, namun
terdapat misteri disebalik sungai itu!.
Kisah sungai
berpusing-pusing ini menjadi igauan ngeri kepada penduduk kampung dan
kapal dagang setiap kali melalui kawasan ini ia seolah-olah tak ubah
seperti kawasan Segi Tiga Bermuda yang seringkali dikaitkan sebagai
kawasan misteri berikutan ratusan kapal laut dan kapal terbang
dilaporkan hilang di kawasan yang menjangkau keluasan sehingga 1.2
kilometer persegi.
Diasaskan pada tahun 1914
Kampung Lubuk
Pusing terletak di Mukim Sungai Panjang ini diasaskan Tuan Haji Chik
atau namanya sebenar Sheikh Ahmad Marzuki pada 1914.
Sheikh Ahmad
Marzuki berasal dari Kepulauan Sumatera, Indonesia dan dipercayai
bersama 40 rombongannya terdiri dalam kalangan ahli keluarga dan
rakannya datang ke kampung itu bagi mewujudkan penempatan baharu ketika
itu.
Sheikh Ahmad Marzuki yang terkenal sebagai seorang alim dan berbudi pekerti luhur amat dihormati penduduk setempat.
Terdapat
dua dakwaan yang menyebabkan pusaran air itu menjadi surut seperti yang
diketahuinya melalui pembacaan dan ceritaan lisan daripada penduduk
lama.
“Menjadi kebimbangan penduduk dan pedagang setiap kali
melalui sungai berpusing ini, maka mereka minta kewalian Sheikh Marzuki
ini untuk hentikan pusaran lubuk.
“Maka, Allahyarham Sheikh
Marzuki bersama penduduk mengadakan solat hajat bagi menghentikan
pusaran air berpusing di sungai terbabit yang menenggelamkan beberapa
buah kapal dagang yang melalui sungai ini.
“Ada satu cerita lagi,
Sheikh Marzuki dipercayai melontarkan serbannya ke dalam lubuk pusaran
sungai itu hingga Allahyarham memberitahu dengan rakan dan saudara
terdekat bahawa suatau masa kawasan ini akan jadi daratan,” katanya.
Sejak peristiwa itu, berlaku perubahan pada aliran sungai dan dasar sungai yang menyebabkan pusaran air semakin cetek.
“Dengan
mendapan demi mendapan berlaku, akhirnya kawasan pusaran air atau lubuk
pusing ini menjadi daratan dan menjadi kawasan pertanian subur.
“Kini
pusaran air tersebut sudah tiada lagi disebabkan bentuk muka bumi yang
berubah. Air sungai tersebut juga sudah kering dan kini menjadi daratan.
Yang tinggal kini hanyalah empat tempat yang berbentuk kolam-kolam
air,” katanya.
Masjid berusia 100 tahun
Di sebalik cerita
pusaran itu, terdapat beberapa cerita menarik kampung itu seperti
pembinaan masjid yang turut diasaskan Sheikh Marzuki di sebelah tapak
rumahnya sejak kedatangannya ke kampung berkenaan.
Di masjid itu
terdapat sebuah bangunan kayu lama yang suatu ketika dahulu pernah
dijadikan tempat pengikut tarikat Naqshabandariah dari Sumatera bersuluk
iaitu membersihkan hati dengan berzikir.
Bangunan itu kini
kosong, namun ia masih dikekalkan bagi memastikan ia terus menjadi bahan
sejarah kepada generasi akan datang termasuk sebuah perigi tempat
mengambil air solat yang terletak bersebelahannya.
“Jemaah suluk
suatu ketika dahulu dari segenap pelusuk tanah air setiap kali bulan
Rejab dan Syaaban akan tinggal beberapa hari di pondok ini untuk
berkumpul beramai-ramai dengan menunaikan ibadah dan berzikir,”.
Pengunjung singgah ambil air kolam
Di sisi kiri hadapan masjid, terdapat makam Sheikh Marzuki dan anaknya, Muhammad Ilham atau lebih dikenali sebagai Haji Ikhsan.
“Sheikh
Marzuki berkahwin dua iaitu seorang isterinya di kampung ini dan
seorang lagi di Indonesia. Beliau mempunyai dua anak iaitu Muhammad
Sulamuddin dan Haji Ikhsan. Muhammad Sulamuddin berhijrah ke Kampung
Terjun Pelabuhan Keli Sumatera, manakala Haji Ikhsan terus menetap ke
kampung,” .
Terdapat sebuah kolam yang didakwa pernah digunakan Sheikh Marzuki untuk mengambil wuduk dan mandi di hadapan makan tersebut.
Air
dari kolam itu dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dan
ramai pengunjung yang datang dari jauh semata-mata ingin mengambil
berkat air dari kolam terbabit.
Al Fatihah ...
Kredit : tekan sini .