PROGRAM IBADAH QURBAN 2023 / 1444 HIJRAH DI SURAU HAJI DOLLAH PASIR PANJANG

0

 

Banner rasmi program

Pada hari ini , Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar (Peduli Sungai Besar) dengan kerjasama Ahli jawatankuasa pengurusan Surau Haji Dollah dan Persatuan Komuniti Pasir Panjang (PERKOPP) telah mengadakan Program Ibadah Qurban 2023M/ 1444 hijrah bertempat di Surau Haji Dollah, Tali Air 10 Ban 3 , Pasir Panjang. Program ini bermula pada 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari. Sebanyak seekor lembu dan dua ekor kambing ditumbangkan  dalam program ini.  Program ini telah berjalan dengan lancar dan telah mengumpul  lebih daripada 50 orang penduduk kampung untuk turun dan sama-sama membantu. Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program pada hari ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kita semua. 

“Tidak ada amalan yang dikerjakan anak Adam ketika hari (raya) korban yang lebih dicintai oleh Allah Azza Wa Jalla dari mengalirkan darah sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya serta bulu-bulunya.Dan sesungguhnya darah itu akan sampai kepada Allah Azza Wa Jalla sebelum jatuh ke tanah, maka perbaikilah jiwa kamu sekalian dengannya.”
 
(Riwayat Ibnu Majah)

 

Para peserta berusaha menumbangkan lembu korban


Kambing yang menjadi haiwan korban pada hari ini

Saya menyerahkan daging lembu dan kambing korban kepada wakil penerima

Kambing kedua yang disembelih pada hari ini

Lembu ditolak dan ditekan ke bawah bagi mengelakkannya daripada meronta dan bangun


Lembu yang digunakan untuk program ibadah korban kali ini

Saya yang sedang meminum air dan berehat

Para hadirin cuba mengekalkan keadaan baring lembu


Saya bergambar di hadapan banner program

Kambing yang akan disembelih itu agak liar dan suka menanduk orang

Lembu sebelum disembelih



Penyerahan daging lembu dan kambing kepada wakil penduduk kampung


 

 

 

 

 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)