MANAQIB TUAN GURU HAJI IDRIS KOTA

0


Tuan Guru Haji Idris Kota ( ? - 1965 )
 
Oleh : Tengku Yusuff 
 
Tuan Guru Haji Idris Bin Lebai Saamah dilahirkan di Kampung Pasir Kota, Kota Bharu, Kelantan. Ayahnya bernama Lebai Saamah Bin Mamat manakala ibunya pula Wan Hawa. Beliau mempunyai seorang lagi adik beradik iaitu Tuan Haji Zakaria Bin Lebai Saamah.
 
Pendidikan awalnya diperolehi di negeri kelahirannya dan beliau dikatakan sempat belajar dengan Wali Allah Tuan Tabal lalu mengambil baiah Tareqat Ahmadiah dari gurunya berkenaan.
Setelah tamat di Kelantan, beliau sambung pendidikan agamanya di Mekah al-Mukaramah berguru antaranya dengan Tuan Guru Haji Omar Kota.
 
Tuan Guru Haji Idris atau disebut Haji Deris lebih menumpukan aktiviti mengajarnya kepada penduduk kampung sekitar Kampung Kota hingga ke Kampung Pintu Geng, Kota Bharu. Beliau pernah membuka sebuah pondok di Kampung Kota berhadapan RTM Kelantan suatu ketika dahulu. 
 
Ketika hayatnya Tuan Guru Haji Idris juga selalu ke surau Tuan Guru Haji Nik Man Khatib di Lorong Tok Semian bagi menghadiri majllis Ilmu dan zikir Tareqat Ahmadiah. 
 
Beliau telah berkahwin dengan Siti Aishah Binti Haji Harun yakni cucu kepada Tok Ayah Haji Saman - pembangun Masjid Bunut Payong. Perkahwinan ini dianugerahkan 9 orang anak, iaitu :
 
1. Haji Saleh
2. Hajah Kalthom
3. Haji Yusoff
4. Khalijah
6. Hajah Zainab berkahwin dengan Tuan Guru Haji Hassan Hilmi Bin Haji Abdullah Tahir
7. Hajah Salamah @ Rahmah
8. Hajah Salma
9. Hajah Hasenah
 
Di antara anak muridnya ialah Tuan Guru Abdullah Tahir Bunut Payong (masing-masing berguru antara satu sama lain) dan akhirnya berbesan.
 
Beliau meninggal dunia pada 28 November 1965 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Bunut Payong, Kota Bharu.
 
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 
 
*Sumber - Maklumat yang diberikan oleh Saudara Nazri Mansor (cucu Allahyarham) pada 6 Februari 2022
 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)