![]() |
Kelantan pada suatu ketika. Tahun tidak dinyatakan. |
LATAR BELAKANG
Nama sebenar Tok Ayah Haji Saman ialah Haji Saman bin Haji Wan Taib bin Haji Wan Noh bin Haji Wan Sulaiman . Mengikut cerita , keturunan Tok Ayah Haji Saman berasal dari negara jiran iaitu Thailand. Namun tidak diketahui siapa yang mula-mula berhijrah ke Malaysia. Walaubagaimanapun , datuknya (Haji Noh) meninggal dunia di Pasir Puteh dan dikebumikan di Kampung Sungai Pasir Puteh. Ini berkemungkinan Haji Noh lah yang berhijrah ke Malaysia . Haji Saman dilahirkan (tidak dapat dipastikan tahun kelahirannya) dan dibesarkan di Pasir Puteh. Tok Ayah Haji Saman berpindah ke Kampung Bunut Payong setelah berkahwin dengan Mariam (Mariam berasal dari Kampung Bunut Payong) dan terus menetap di Bunut Payong sehingga kembali ke rahmatullah.
Tok Ayah Haji Saman dikatakan seorang yang alim . Sebahagian besar hidupnya banyak dikorbankan untuk aktiviti keagamaan di Surau Bunut Payong. Beliau merupakan pengasas Surau Bunut Payong yang kini dikenali sebagai Masjid Bunut Payong. Walaubagaimanapun, surau yang menjadi tempat beribadat beliau telah dirobohkan . Masjid Bunut Payong yang ada pada hari ini didirikan oleh anak beliau iaitu Haji Mat Ali untuk menggantikan surau yang lama . Almarhum sanggup bergolok gadai harta benda semata-mata untuk menghantar anak-anaknya ke Tanah Suci Mekah (Haji Daud, Haji Harun dan Haji Mat Ali) . Tarikh sebenar Tok Ayah Haji Saman meninggal dunia tidak dapat dipastikan tetapi dipercayai pada awal tahun 1900 . Menurut sumber daripada internet , beliau meninggal pada tahun 1916.
Tok Ayah Haji Saman dikatakan seorang yang dihormati oleh sultan ketika itu. Rakyat pada masa tu dikehendaki membayar cukai kepada pemerintah (sultan), tetapi Tok Ayah Haji Saman tidak dikenakan cukai. Pernah suatu ketika , pegawai-pegawai istana yang baru dilantik telah pergi ke rumah beliau untuk mengutip cukai . tetapi Tok Ayah Haji Saman tidak menjelaskan cukai tersebut. Setelah diketahui oleh sultan bahawa pegawai istana datang mengutip cukai daripada Tok Ayah, baginda menitahkan supaya pegawai-pegawai tersebut tidak mengutip cukai daripada Tok Ayah Haji Saman.
Tok Ayah Haji Saman pernah berguru dan hidup sezaman dengan Tuan Guru Haji Sulaiman Bin Haji Arsyad Bin Haji Abdul Somad @ Tok Pulai Chondong (1792 - 1873). Tok Pulai Chondong adalah merupakan pengasas pertama pondok di Kelantan iaitu Pondok Pulai Chondong yang ditubuhkan pada tahun 1820 . Antara rakan seperguruan Tok Ayah Haji Saman ialah :
![]() |
Salasilah Keluarga Tok Ayah Haji Saman yang diperoleh penulis melalui bonda penulis, Zanariah bin Muhammad |