MANAQIB TOK PULAI CHONDONG : GURU KEPADA HAJI SAMAN BIN HAJI WAN TAIB

0

 

Ini ialah gambar cucu kepada Wali Allah Tok Pulai Chondong al-Kalantani

 

Tuan Guru Haji Sulaiman Bin Haji Arsyad Bin Haji Abdul Somad @ Tok Pulai Chondong
 
Tok Pulai Chondong ( 1792 - 1873 )
 
Nama sebenar beliau ialah Tuan Guru Haji Abdul Samad Bin Faqih Haji Abdullah Bin Imam Hashim dan dilahirkan di Kampung Bukit Pulai Chondong. 
 
Datuknya yang bernama Imam Hashim berketurunan Sultan Ahmad Minangkabau, Sumatera yang berhijrah ke Patani pada abad ke-18. Beliau merupakan seorang ulamak besar yang amat terkenal pada zamannya dan turut juga dikenali dengan gelaran Tok Saraf. Imam Hashim inilah yang membuka perkampungan di Kampung Bukit di Pulai Chondong .
 
Wali Allah Tok Pulai Chondong adalah merupakan pengasas pertama pondok di Kelantan iaitu Pondok Pulai Chondong yang ditubuhkan pada tahun 1820 .
 
Beliau mendapat pendidikan agama awal di Patani sebelum berangkat ke Mekah pada tahun 1808 ketika berusia 16 tahun . Beliau merupakan saudara dua pupu kepada Bahjah Addin Syeikh Daud al-Fathani .
 
Diantara guru beliau ialah :
 
1. Imam Hashim | Tok Saraf - Datuk beliau
2. Faqih Haji Abdullah - Ayah beliau
3. Tuan Guru Haji Abdullah - Guru beliau di Kampung Bira, Patani
4. Syeikh Muhammad Adham - Guru al Quran beliau
5. Arif Billah Syeikh Abdul Rahman Abdul Mubin al-Fatani - Pondok Pauh Bok
5. Bahjah Addin Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani ( 1769-1847 )
Diantara sahabat beliau semasa menuntut ilmu ialah :
1. Tuan Hassan Besut ( Meninggal 1864 )
2. Syeikh Abdul Malik Bin Isa al-Tarkanu
3. Tuan Guru Haji Wan Musa al-Fatani
 
Sekembalinya beliau dari Mekah pada tahun 1820, Tok Pulai Chondong telah membuka Kampung Bilal Talib, Pulai Chondong dan membina sebuah surau berhampiran sebatang pokok pulai di kampung tersebut. Malangnya surau tersebut terbakar lalu surau kedua telah dibina pada tahun 1857 dan ia kekal hingga ke hari ini.
 
Diantara anak murid beliau ialah :
 
1. Syeikh Wan Ali Kutan al Kalantani ( 1837-1913 ) - Mahaguru sekalian wali Allah
2. Tok Ayah Jamal | Tuan Jamal Peringat ( Meninggal tahun 1886 )
3. Tuan Guru Haji Haji Ya’qub Bin Muhammad ( Meninggal tahun 1907 )
4. Tuan Guru Haji Ahmad Bin Muhammad ( Meninggal tahun 1915) - Adik Tok Ayah Jamal
5. Tuan Guru Haji Muhammad Saman Bin Haji Wan Taib ( Meninggal tahun 1916 )
6. Tuan Guru Haji Umar Bin Haji Abdul Samad | Imam Surau Kerawang ( Meninggal tahun 1911 ) - Anak beliau
7. Tuan Guru Haji Muhammad Arshad Bin Haji Abdul Samad ( Meninggal tahun 1912 ) - Anak beliau
8. Tuan Guru Haji Wan Abdul Qadir Bin Haji Wan Sulayman ( Meinggal awal tahun 1900an ) - Guru kepada Raja Limbat
9. Tuan Guru Haji Derani ( Meninggal tahun 1880) - Datuk kepada Tok Pulau Ubi & Tok Guru Dala
10. Tuan Guru Haji Muhammad Bendang Riong, Patani ( Meninggal tahun 1950 )
11. Tok Chekeli
 
Beliau terkenal sebagai seorang sufi yang warak, banyak membaca pelbagai wirid dan zikir. Zikir jihar dan zikir sirr semuanya beliau amalkan dengan tekun sepanjang siang dan malam. Doa yang paling sering diamalkannya ialah Hizb al-Bahri yang sanadnya bersambung dengan pengamalnya yang mula-mula iaitu Wali Allah Saiyidi Syeikh Abi Hasan asy-Syazili. Daripada beliaulah , Syeikh Wan Ali Kutan mendapat ijazah amalan Hizb al- Bahri lalu dimuatkan ia didalam kitab karangan beliau iaitu Lum'atul Aurad yang mahsyur di alam melayu .
 
Beliau meninggal dunia ketika berusia 81 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Ma'la berhampiran dengan makam Ummul Mukminin Saidatina Khadijah r.a
 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)