AMALKAN LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN AKIBAT CUACA PANAS

0

 

Keadaan cuaca sejak beberapa bulan ini sangat panas dan kering. Jabatan Meteorologi menjangkakan keadaan cuaca panas di negara ini berlanjutan dalam tempoh yang agak panjang iaitu sehingga Ogos, susulan peralihan monsun.
 
Banyak kesan yang akan berlaku akibat daripada kepanasan melampau berterusan ini. Antaranya ialah kebakaran hutan, pengurangan air simpanan di pusat penyimpanan air dan yang paling ditakuti ialah strok haba. Beberapa hari lalu kedengaran kematian yang berkaitan dengan strok haba berlaku di negeri Kelantan. 
 
Kematian ini melibatkan dua orang kanak-kanak yang mengalami kesan pengdehidratan akibat daripada kepanasan yang melampau ini. Berita ini menimbulkan kesedihan kepada semua orang terutam keluarga kanak-kanak tersebut memandangkan negara masih dalam mood Hari Raya Aidil fitri
 
Terdapat beberapa tips untuk kurangkan risiko terkena strok haba ini. 
 
Antaranya ialah :
 
1) Kurangkan aktiviti luar yang terdedah dengan kepanasan matahari
2) Banyakkan minum air
3) Segera berjumpa doktor sekiranya demam , batuk atau sakit tidak kebah melebihi 2 hari.
4) Jangan memakai pakaian yang terlalu tebal dan gelap sekiranya terdedah dengan cahaya matahari dalam waktu yang lama.
5) Amalkan mandi yang kerap atau membasuh muka atau bahagian badan yang lain.
6) Berwaspada terhadap kehadiran haiwan liar dan berbisa seperti ular, kala jengking dan lain lain di kawasan sekolah dan rumah.  




 
 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)