Gambar penulis di hadapan Menara Condong Teluk Intan |
Pada hari ini saya dan keluarga berkesempatan untuk singgah ke Menara Condong Teluk Intan di Bandar Teluk Intan, Perak. Walaupun jarak antara Teluk Intan dengan Sabak Bernam hanyalah lebih kurang 45 km sahaja, tetapi inilah kali pertama saya dan keluarga berkunjung ke sini. Perkataan Pertama yang keluar daripada mulut saya apabila melihat menara ini di depan mata
"majestic".
Rekabentuk seperti pagoda , bercirikan rekabentuk cina serta tinggi menjulang ke atas menarik minat saya. Rekabentuk klasik binaan binaan ini betul-betul menimbulkan kekaguman kepada saya.
Bayangkan teknologi 1885 sudah macam itu di Teluk Intan . Tentu pada waktu itu, binaan tinggi seperti ini menjadi satu satu mercu tanda yang mengkagumkan kepada mereka yang melihatnya memandangkan pada waktu itu, hanya hutan belantara dan sawah padi menjadi pemandangan biasa di sekitar Sabak Bernam dan Teluk Intan . Penanaman kelapa sawit di Tanah Melayu pula hanya bermula pada tahun 1917.
Harga tiket untuk masuk ke sini ialah RM 2 untuk dewasa dan RM 1 untuk kanak-kanak , di mana bayaran yang dikenakan amat berpatutan dan berbaloi. Waktu lawatan ke Menara Condong ini ialah
8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Sabtu, Ahad dan kelepasan am.
Terdapat 3 lapis bangunan yang boleh dikunjungi oleh orang awam. Manakala selebihnya telah dikunci iaitu merujuk kepada tingkat atas
Menara Condong merupakan sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa di Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 dan ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh dan agak senget dan tercondong sedikit.
Tangga untuk naik dan turun menara |
Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Orang yang bertanggung jawab membina Menara Jam ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.
Tangga untuk naik dan turun menara |
Menurut satu kajian, tujuan pembinaan menara condong atau juga dikenali sebagai Jam Tinggi adalah seperti berikut:
1)untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau
2) dalam memastikan kemudahan pengurusan air British ditingkatkan
3) untuk bekalan air sekiranya berlaku kebakaran
4) sebagai penjaga masa
Tangki air terletak di aras tiga yang dibuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki padu air.
Menara ini pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan
Sumber : Orangperak.com
Gambar lama Menara Condong Teluk Intan |
Tangga menuju ke tingkat paling atas di tutup. |
Gambar dari atas ke bawah |
Saya tak pasti apakah nama dan fungsi bahagian ini. |
Umar dan Marissa bergambar di pintu masuk Menara Condong Teluk Intan |
Laluan di menara condong yang berpagar |
Rangka kayu pada bahagian atas |
Anak-anak gembira mendapat belon yang dibayar "seikhlas" hati di hadapan pintu masuk Menara Condong Teluk Intan |