Semua orang Kelantan dan luar Kelantan, samada suka atau tak suka, terpaksa akui bahawa 3 masalah ini merupakan masalah yang telah dan sedang berlaku di Kelantan sejak puluhan tahun yang lalu. Selagimana rakyat Kelantan tidak ada political will untuk mendesak kerajaan negeri, atau sekurang -kurang menukar kerajaan negeri yang sedia ada, selagi itu kerajaan negeri itu berasa selesa dan tak perlu buat apa-apa .
Apabila terlalu selesa ,mereka takkan mendengar rintihan rakyat. Yang mereka tahu, mereka akan disokong oleh rakyat tak kira lah setara mana kemampuan mereka untuk memimpin dan menguruskan negeri. Mereka tahu bahawa sebesar manapun masalah kemudahan dan infrastruktur di Kelantan, para perantau yang mencari rezeki di luar akan tetap mempertahankan kerajaan negeri yang sedia ada , manakala rakyat Kelantan yang memang menetap di dalam negeri menerima kesan daripada pilihan itu.
Selain ketiga-tiga point di atas, saya tambah 2 lagi point .
4) Peluang pekerjaan untuk anak negeri yang sangat kurang sehingga memaksa ramai cerdik pandai dan tenaga profesional anak Kelantan terpaksa mencari rezeki di luar.
5) Pembangunan yang agak perlahan.
Orang Kelantan terutama perantau kena beranilah membuat perubahan, dan perubahan itu perlu daripada diri sendiri hinggalah menukar kepimpinan negeri Kelantan. Lihatlah negeri-negeri lain, termasuklah negeri Terengganu yang berani menukar kerajaan negeri.
Menukar kerajaan negeri bukan bererti kita menukar agama, atau bukanlah kita anti kepada pembangunan bersama Islam . Tetapi menukar kerajaan negeri ialah demi memastikan nasib rakyat terbela dan segala permasalahan yang ada boleh diatasi .
Sekarang ini bukan zaman arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz yang serba zuhud dan dihormati oleh kawan dan lawan . Zaman tok guru kita sudah tahu siapa musuh politik kita dan apakah jenis kejahatan yang mampu dia lakukan terhadap kita.Ini zaman orang yang generasi ketiga dan keempat kerajaan PAS kelantan menikmati Ghanimah dan terlalu selesa dengan apa yang mereka ada sekarang ini.