SERAHAN KATIL HOSPITAL KE TAMAN BERNAM JAYA, SABAK BERNAM

0
 

Pada hari ini, Peduli Sungai Besar telah mengadakan ziarah dan serahan katil hospital wakaf kepada seorang pesakit warga emas di Taman Bernam Jaya, Sabak Bernam . Warga emas ini telah mengalami kepatahan pada bahagian kaki sehingga menyebabkan beliau tidak dapat berjalan . Selain itu beliau juga mengalami masalah kelupaan. Beliau kini dijaga oleh anak dan menantunya di sini. Kami mendoakan semoga Allah SWT memberikan kesihatan kepada nenek tersebut dan memberikan kemudahan kepada keluarga nenek untuk menguruskannya .
 

 ------------------------------------------------------------------------------------------
Peduli Sungai Besar menerima apa-apa sumbangan kelengkapan pesakit yang baru mahupun yang terpakai untuk kami agihkan kepada mereka yang memerlukan. Antara kelengkapan pesakit yang dimaksudkan ialah:
 
1) katil hospital
2) kerusi roda
3) tilam udara
4) tongkat
5) lampin dewasa
6) susu dewasa (belum dibuka dan belum tarikh luput)
7) dan lain-lain keperluan .
 
Selain itu, kami juga menerima sumbangan keperluan harian seperti :
 
1) Pek Makanan
2) barangan makanan
3) lampin bayi
4) pakaian baru dan terpakai
5) basikal dan mainan baru terpakai
6) dan lain-lain sumbangan 
 
Kami amat mengalu-alukan sumbangan wang ringgit dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti skala kecil yang kami jalankan bagi menyantuni mereka yang memerlukan. Sekiranya tuan puan ingin menyumbang, silalah menyumbang ke akaun berikut :
 
Nama         : Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar
No. Akaun : 12056010034899
Bank          : Bank Islam Malaysia Berhad
Catatan     : infaq
 
Sebarang pertanyaan atau pemakluman pemindahan wang boleh hubungi kami di talian 013-3059357
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)