FILEM ANWAR : THE UNTOLD STORY , EPILOG PERJUANGAN SANG PEMIMPIN NEGARA

0
 
Poster Majlis Peluncuran Filem Anwar : The Untold Story . Kredit poster kepada MalaysiaGazette.com

Filem yang mengisahkan perjuangan Perdana Menteri ke 10 , Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam politik negara Malaysia. Filem ‘Anwar’ menampilkan pelakon Malaysia, Farid Kamil Zahari (Anwar Ibrahim) berpasangan sebagai suami isteri dengan pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa (Wan Azizah Wan Ismail). Turut berlakon ialah Hasnul Rahmat (Dr. Mahathir Mohamad), Firdaus Mat Joni, Piet Pagau dan Dewi Irawan.
 
Sinopsis filem ‘Anwar’ ialah berdasarkan kisah benar perjuangan Anwar Ibrahim melawan sebuah sistem yang korupsi. Beliau tegas menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai daripada pihak tertentu.Dia juga enggan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat anak pemimpin tertentu yang kerugian berbilion ringgit.
 
Kerana keengganan itu, dia difitnah dengan sebuah konspirasi besar sehingga dipecat daripada jawatan, dipukul secara brutal dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.
Dari seorang Menteri Kewangan terbaik yang didakwa berjaya membebaskan Malaysia daripada belenggu hutang, akhirnya dia merengkok dalam penjara. 
 
Tak sabar untuk menunggu tayangan filem ini. Di bawah ini merupakan sebahagian daripada babak yang ada dalam filem ini dan juga sedutan daripada footage video sebenar yang diambil pada zaman reformasi.



 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)