Katil yang baru sampai dihantar oleh sebuah lori |
Alhamdulillah. Tak sampai 24 jam iklan Projek Katil Hospital Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar disiarkan dalam Facebook (melalui pautan https://www.facebook.com/100000826296462/posts/2948840241820157/ ) dan disebarkan melalui Whatsapp, kami menerima mesej daripada seorang sahabat yang ingin menjual katil hospital terpakai dengan harga RM500 sahaja. Keadaan katil hospital itu cemerlang kondisinya dan sedia digunakan bila-bila masa.
Memandangkan sudah terdapat sumbangan-sumbangan yang telah masuk semenjak projek ini diiklankan, kami terus bersetuju untuk memiliki katil ini kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada harga asal di pasaran. Harga asal lebih daripada RM 2,000 memandangkan katil ini mampu dinaikkan dan diturunkan di bahagian kepala dan kaki.
Namun perjuangan kami tidak berhenti setakat ini.
Misi kami ialah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 4 lagi katil hospital untuk kegunaan rakyat di Parlimen Sungai Besar, daerah Sabak Bernam. Tiada caj dan tempoh dikenakan kepada pengguna setiap katil hospital. Cuma perlukan komitmen daripada pengguna atau keluarga pengguna untuk memulangkan kembali katil ini setelah digunakan.
Sesiapa yang berkeperluan untuk meminjam katil hospital ini untuk kegunaan sendiri atau kaum keluarga yang terlantar, boleh hubungi Pengerusi Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar , Encik Zhafri ditalian 013-3059357 . Katil ini memfokuskan kepada penduduk di Parlimen Sungai Besar sahaja memandangkan tapak operasi NGO adalah di Sungai Besar.
#GerilaKebajikan
#KamiPrihatin
#ProjekKatilHospital