MASJID TUMINAH HAMIDI TARIKAN TERBARU DI BAGAN DATU

0

 

Pemandangan Masjid Tuminah Hamidi dari bahagian hadapan

Petang tadi saya dan keluarga singgah solat di masjid yang baru siap setelah bertahun-tahun dalam pembinaan iaitu Masjid Terapung Bagan Datuk. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Tuminah Hamidi yang diambil nama daripada ibu dan ayah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, DS Zahid Hamidi.

Masjid Tuminah Hamidi mampu menampung 5,000 jemaah pada satu-satu masa, mula dibina pada 2017 dan siap sepenuhnya pada tahun ini.

Masjid yang terletak di pekan Bagan Datuk yang menjadi daya tarikan baharu daerah tersebut, turut memiliki dataran terbuka dan dewan serbaguna yang boleh diadakan pelbagai acara, selain bilik pameran dan persidangan dua tingkat.

Masjid ini menjadi masjid terapung keempat yang dibina di Perak selepas Masjid An-Nur Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Masjid al-Badr atau dikenali juga sebagai Masjid Seribu Salawat di Pulau Pangkor dan Masjid Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar.

https://vt.tiktok.com/ZSNfTJJf5/














 




Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)