Gambar Panggung Wayang Happy yang diambil pada 10 Julai 2023 |
Salah satu tempat ikonik di Sungai Besar satu ketika dahulu sekitar tahun 70 an iaitu Panggung Wayang Happy. Panggung Wayang ini dikatakan mampu memuatkan 200 orang pada satu-satu masa menjadi hiburan buat warga Sabak Bernam suatu ketika dahulu. Selain menjadi panggung wayang, tempat ini pernah menjadi pusat snooker dan juga jual perabot. Ia menjadi pusat pertemuan yang mengumpulkan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan keturunan. Kini terbiar lesu, tersadai dan tidak lagi dipedulikan di tengah-tengah Pekan Sungai Besar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Adik kepada Towkay Lin Chua bernama Towkay Ong Kai. Waktu itu semua usahawan Tionghua ada pangkat Towkay didepan namanya. Beliau adalah pemilik Panggung Wayang Happy yang amat ikonik di Sungai Besar. Berbadan terlebih gempal dengan ukuran lilitan pinggang 50 inci, Towkay Ong Kai disenangi semua orang kampung semua bangsa. pandai cakap Jawa sikit sikit. Hisap rokok macam keretapi. Semua orang tak dapat nak tegur dia. Biarlah dia seronok dengan rokoknya.
Panggung wayang Happy pada era kegemilangannya sekitar tahun 1970. Kredit gambar Lelarentaka.com |
Setiap tayangan filem popular baik Hindi, Melayu, China mahupun Barat, pasti 'full house'. Dua kaunter tiket disediakan. Kaunter kelas satu dan dua yang teratur dan lancar. Manakala kaunter kelas tiga pasti merebut rebut seperti nak pecah rumah. Bertolak bertumbuk sampai koyak baju dan luka luka hanya kerana nak dapatkan tiket paling murah. Ia bertambah dahsyat kerana gerigi besi yang dipasang hanya muat muat ukuran tubuh manusia untuk masuk secara tertib. Sedangkan ramai yang tak sabar lalu berlaku tolak menolak sampai luncai badan abang abang sado macam belacan "