PERSINGGAHAN KE MASJID AN-NAIM , KAMPUNG SUNGAI SEMBILANG , KAPAR ,

0

 

 

Beberapa hari lalu, saya sempat singgah ke Masjid An-Naim yang terletak di Kampung Sungai Sembilang, Jeram Kuala Selangor. Kedudukannya betul-betul di tepi jalan daripada Klang menuju ke arah Sabak Bernam. Masjid ini telah dirasmikn oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj , Sultan Selangor pada Hari Jumaat 6 Safar 1404 bersamaan 11 November 1983.  Maklumat lanjut berkenaan masjid ini tidak saya peroleh daripada mana-mana sumber. 

 

Cuma agak tertarik dengan sebuah kubur yang terletak betul-betul di pekarangan masjid. Batu nisan pada kubur tersebut mencatatkan tarikh 1941 dan tahun 1957. Saya pun tak pasti mengapa sebuah kubur tetapi mempunyai 2 batu nisan yang berbeza tarikh kematian. Mungkin ada yang tersalah letak.  Kedudukan kubur ini berada agak jauh berbanding kubur-kubur yang lain kerana di belakang masjid ini terletak satu tapak perkuburan yang luas dan berpagar. Saya beranggapan ada kemungkinan masjid ini dibina lebih awal daripada tahun ia dirasmikan (tahun 1983) dan masjid asal telahpun dirobohkan. Itu tanggapan awal saya. Mungkin orang tempatan dan pengkaji sejarah boleh berkongsi maklumat yang lebih tepat berkenaan masjid ini. 


Papan tanda bertulisan rumi Masjid An Naim

Papan tanda bertulisan jawi di hadapan masjid

Plak perasmian yang diletakkan di dinding masjid

Senibina masjid yang dilihat dari sudut tepi masjid

Inilah kubur yang saya maksudkan sepertimana di atas.


Batu nisan yang mencatatkan kematian pada tahun 1941

Ini pula batu nisan yang turut terselit di celah batu nisan yang asal bertarikh tahun 1957

Tanah perkuburan yang terletak di belakang masjid ini.

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)