MENZIARAHI PESAKIT NEUROLIPOMA DI SEKINCHAN

0

 


Pada hari ini, Peduli Sungai Besar dan PERKOPP mengadakan aktiviti ziarah dan penyerahan katil hospital wakaf ke rumah seorang pesakit di Parit 4 Ban 1 Sekinchan. Penerima katil wakaf ini ialah seorang pesakit neurolipoma , sejenis ketumbuhan yang berlaku yang tidak menentu di bahagian anggota badan seperti tangan, pergelangan tangan, dan lengan . 
 
Kisah kali ini melibatkan seorang ibu tunggal yang tinggal bersama 2 orang anak perempuan remaja. Suami beliau meninggal dunia bulan Julai tahun lalu akibat komplikasi kencing manis. Beliau disahkan mengidap penyakit yang jarang sekali berlaku ini seawal usia 4 tahun. Kali pertama menjalani pembedahan ketika berusia 11 tahun. 
 
Pembedahan kedua pada tahun 2012 membuang ketumbuhan di perut seberat 35kg. Manakala pembedahan ke 3 pada tahun 2019 di bahagian pinggang dan berjaya membuang ketumbuhan seberat 40kg. Kini ketumbuhan kembali tumbuh dibahagian perut dan pinggang menyebabkan kesukaran berjalan dan menjalankan aktiviti harian.
 
Beliau tidak mempunyai punca pendapatan hanya bergantung kepada bantuan bulanan dari Perkeso untuk perbelanjaan seisi rumah. Zakat membantu untuk bayaran yuran sekolah dan pakaian sekolah anak-anak.Anaknya yang sulung merupakan seorang pelajar cemerlang yang bakal mengambil keputusan SPM tahun ini. Anaknya itu bercita-cita menjadi seorang doktor pakar satu hari nanti.
 
Kami mendoakan semoga Allah menyembuhkan penyakit beliau dan memberikan kesabaran kepada beliau dalam menempuhi ujian ini. Insyaallah jika ada yang ingin menyumbang , boleh berbuat demikian dengan menghubungi Cikgu Zhafri di talian 013-3059357.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)