
Pandangan dari sudut tepi surau
Surau ini biasa saya singgah apabila menghantar anak-anak ke kelas hafazan di Taman Perwira . Kedudukan surau ini betul-betul di tepi jalan sebelum masuk ke pekan Sungai Besar dan bertentangan dengan Perodua Sungai Besar. Surau ini dinamakan sebagai Surau Da'watul Diniyah atau Madrasah Da'watul Diniyah . Tiada maklumat saya peroleh melalui carian internet termasuklah tarikh surau ini dibina dan siapa yang mengasaskannya. Jika ada maklumat untuk dikongsikan , bolehlah PM saya. Terima kasih.

Gambar dari sudut luar pagar surau 
Gambar dari sisi surau 
Gambar menunjukkan papan tanda tertulis Madrasah Da'watul Diniyah 
Pintu utama Madrasah Da'watul Diniyah dikunci 
Gambar dari sudut sisi surau 
Gambar di luar pagar surau 
Gambar dari sudut seberang parit 
Gambar dari seberang jalan 
Kerantong atau ketuk-ketuk di letakkan di wakaf tepi surau. Mungkin ia sudah tidak digunakan lagi.

