Saya bersama-sama menantu pesakit berbincang tentang keadaan pesakit. |
Pada hari ini, Peduli Sungai Besar dan Persatuan Komuniti Pasir Panjang (PERKOPP) telah mengambil sebuah katil yang diwakafkan oleh seorang penderma dari Pasir Panjang. Katil hospital yang diwakafkan itu merupakan katil terpakai yang pernah digunakan oleh pewakaf. Sungguh terharu dan kagum dengan kesudian pewakaf untuk mendermakan katil walaupun beliau sendiri masih lagi dalam keadaan sakit. Ayuh sama-sama doakan semoga pewakaf diberikan kesihatan yang baik dan pahala berpanjangan.
Penerima katil kami pada hari ini merupakan seorang wanita warga emas yang tinggal bersama anaknya di Parit 9 Gambut, Sungai Panjang. Beliau kini terlantar tidak mampu bangun dan menguruskan dirinya selepas dipotong kakinya akibat kencing manis pada minggu lepas. Penyerahan katil wakaf ini banyak membantu keluarga embah ini untuk menguruskan embah. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada embah dan diberikan kekuatan bagi keluarganya untuk menguruskannya.
Video program serahan ada diletakkan di bawah ini .