SEJARAH MASJID KIAYI ABDULLAH UMAR , KAPAR KLANG

0
 
Tadi sempat singgah solat di Masjid Kiayi Haji Abdullah Umar di Kampung Batu 4 1/2, Kapar Klang . Inilah kali pertama saya singgah ke masjid ini dalam perjalanan pulang membawa murid-murid hoki . Terbit persoalan kepada saya apabila berkunjung ke rumah Allah ini iaitu siapakah dia Kiayi Haji Abdullah Umar sehinggakan nama beliau diabadikan di sebuah masjid di Klang? Dan apakah sejarah di sebalik pembinaan masjid ini.
 
Macam biasa, saya akan pusing-pusing masjid sambil ambil gambar mana yang patut- suatu kebiasaan saya sejak dulu lagi apabila berada di masjid atau surau yang menarik minat saya dari sudut rekabentuk, sejarah mahupun usianya itu. Alhamdulillah, di satu sudut masjid, terletak satu bingkai kaca yang ada tulisan yang menjawab persoalan-persoalan yang bermain di minda saya tadi.

Haji Abdullah Umar bin Haji Mohd Taslim berasal dari Puarjo, Indonesia. Beliau dilahirkan pada tahun 1850. Ketika di usia muda, beliau telah berhijrah ke Tanah Suci Mekah bertujuan untuk mendalami ilmu agama Islam. Selama 30 tahun berada di Mekah, beliau telah menghafaz Al Qur'an dan di atas kegigihan beliau mendalami ilmu agama sertai menyampaikan dakwah kepada masyarakat akhirnya beliau digelar Kiayi Haji Abdullah Umar .
 
Pada tahun 1883, Kiayi Abdullah Umar telah berhijrah ke Tanah Melayu. Beliau telah berkahwin dengan Umi Kalsom dan dikurniakan seorang anak. Seterusnya beliau berkahwin untuk kali kedua dengan Aminah. Daripada perkahwinan ini , beliau dikurniakan dua anak lelaki dan perempuan. Beliau kemudiannya berkahwin buat kali ketiga dengan Embok . Beliau mendapat lima orang anak yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan hasil daripada dengan Embok.
 
Pada tahun 1892 hingga 1924, Kiayi Haji Abdullah Umar telah dilantik menjadi imam masjid di kampung ini. Pada awalnya, masjid berkenaan didirikan di atas tanah perkuburan Islam di Kampung Batu Empat Jalan Kapar dan menjadi guru Quran kepada penduduk sini.
 
Kiayi Haji Abdullah Umar mempunya kenalan rapat bernama Tuan Haji Abdul Moin. Di atas perbincangan dan persetujuan mereka berdua, mereka bersetuju mewakafkan tanah mereka seluar 1.55 ekar di atas tanah lot untuk dibina masjid baru.
 
Tiang seri masjid ini yang berjumlah 4 batang dibeli dan dibawa daripada Tanah Jawa menggunakan tongkang. Tiang seri ini masih wujud sehingga hari ini, namun disalut dengan simen untuk mengekalkan keadaannya . Pernah dikhabarkan juga ninda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pernah belajar berguru dengan Kiayi Abdullah Umar semasa hayatnya .
 
Pada tahun 1926, Kiayi Abdullah Umar meninggal dunia dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Empat Klang.
 
 Kedudukan masjid ini agak strategik kerana terletak betul-betul di tepi jalan utama. Binaan asal masjid ini adalah kayu, kemudian secara gotong - royong penduduk setempat telah membina semula masjid yang uzur itu dalam tahun 1973. 
 
Pada tahun 2001, masjid ini sekali lagi mengalami proses renovasi dengan perbelanjaan sekitar 5 juta. Masjid ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj pada 25 Julai  2014 bersamaan 27 Ramadhan 1435 hijrah.
 
 
Pintu masuk ke dewan solat

Gambar luar masjid

Gambar beranda luar masjid

Gambar dari sudut tempat parkir

Plat perasmian yang menunjukkan maklumat masjid ini dirasmikan binaan barunya

Gambar dari sudut tempat parkir

Gambar tempat solat utama masjid

Menara yang tersergam indah


Menara masjid yang menjadi identiti utama masjid ini.


Ruang solat di dalam masjid

Senibina dan ukiran pada bahagian masjid

Gambar di ruangan mimbar masjid

Murid-murid  bergambar bersama-sama masjid

Gambar masjid Hassan II , Morocco di letakkan di ruangan wuduk

Plak perasmian masjid

Ruangan dalaman masjid



Ruang pemisah antara pengunjung lelaki dan perempuan

Gambar masjid dari halaman masjid

Ruangan kubah dalam

Gambar kubah dari dalam masjid






 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)