SENJA DI MASJID JAMEK SUNGAI BURONG

0
Masjid Jamek Sungai Burong pada waktu senja

Dalam perjalanan pulang ke Sabak Bernam, saya sempat singgah di Masjid Jamek Sungai Burong yang terletak di Batu 12 Sungai Burong, Tanjong Karang. Masjid ini terletak betul-betul di Jalan Persekutuan FR5 . Oleh kerana gambar ini diambil pada waktu senja, kelihatan daripada latar belakang masjid tersebut balam-balam cahaya matahari terbenam. Sungguh indah dan mempersonakan ciptaan tuhan.
 
Saya tidak sempat untuk menjengah masuk ke dalam masjid disebabkan kekangan masa kerana saya terpaksa sampai ke Sungai Besar pada waktu maghrib. Tapi tak apalah. Mungkin lepas ini , jika ada kesempatan boleh saya singgah lagi ke sini. Insyaallah. Lagipun ini merupakan laluan saya jika ada urusan di Shah Alam. Menurut portal pengurusan masjid (pautan : http://e-masjid.jais.gov.my/index.php/profail/show/id/54) , masjid ini dibina pada 1 Januari 1973 dan dirasmikan pada 12 Julai 1974 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah. Masjid yang berkeluasan 0.5 ekar ini mampu menampung 400 orang jemaah.
 
 
Bahagian depan masjid

Gambar ini diambil di bahagian belakang masjid

Seni bina kayu masih dikekalkan di sini

Ukiran yang menarik dan lain daripada yang lain

Papan tanda masjid


Menara masjid di balik limpahan cahaya senja


Bahagian depan masjid

 

 

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)