MASJID CAHAYA IMAN , BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG

0

 


Semasa dalam perjalanan ke rumah sepupu kepada ibuku di Bandar Country Homes , saya sekeluarga sempat singgah ke Masjid Nurul Iman yang terletak di tengah-tengah bandar. Masjid in telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada 7 Disember 2007. Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan menpunyai kubah dan menara. Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat yang sangat cantik. Masjid ini menpunyai 2 aras . 
 
Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor, van jenazah, bilik jenazah dan pejabat masjid. Selain itu, disediakan juga dewan terbuka di halaman masjid ini bagi memudahkan aktiviti kemasyarakatan berlangsung di sini seperti kenduri perkahwinan dan jamuan. Semasa saya berada di sana, kelihatan satu majlis perkahwinan atau keraian sedang berlangsung di sana. 

Perpustakaan mini dan juga Gerobok Rezeki ada diletakkan di pintu laluan keluar masuk masjid bagi memudahkan orang ramai membaca bahan bacaan yang ada dan juga mendapatkan bekalan makanan asas bagi mereka yang memerlukan. Projek Gerobok Rezeki masjid ini nampaknya masih berjalan lancar tatkala banyak masjid dan surau tidak lagi menjalankannya. Tahniah dan syabas kepada AJK Pengurusan Masjid yang menguruskan masjid dengan baik ini. Selesa dan seronok solat di sini.
 
 
Perpustakaan mini yang disediakan di bahagian belakang ruangan solat

Bahagian saf depan dan mimbar masjid

Bahagian belakang tempat solat

Menara masjid

Pemandangan dari luar masjid

Kipas gergasi di tengah-tengah masjid

Laluan masuk masjid


Banting Program Gerobok Rezeki



Kelihatan masih ada barangan keperluan

Plak perasmian masjid

Ruang belakang tempat solat wanita

 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)