JANGAN BAGI KUCING LIAR MAKAN DI PREMIS MAKANAN

0

Kucing liar di premis makanan  boleh memberikan kesan buruk kepada manusia


Saya memang jarang bagi makanan kepada kucing yang berada di kantin , restoren mahupun gerai . Mungkin ada yang memandang serong dengan kecenderungan seperti ini. Saya tidak zalim , kedekut ataupun berkira kepada kucing. Bahkan saya tidak benci atau geli kepada kucing . Tetapi ada beberapa sebab saya tak berikan kucing tersebut makanan. 
 
1) Kucing merupakan haiwan omnivor. Campaklah ke mana mana pun, dia pasti boleh hidup Selagimana ia tak dikurung atau disekat pergerakkannya, dia mampu makan pelbagai jenis makanan di sekeliling mereka seperti nasi, sisa lauk pauk, bangkai, haiwan haiwan kecil dan sebagainya . Seluas-luas kawasan yang ada di sekeliling mereka , takkanlah mereka hanya ingin bertumpu kepada makanan yang ada di dalam pinggan kita?
 
2) sebagai seorang guru, saya pernah belajar tentang satu teori yang dipelopori oleh Ivan Pavlov. Ivan Pavlov atau nama sebenarnya Ivan Petrovich Pavlov merupakan seorang neurologis, ahli psikologi daripada Rusia/ Soviet . Beliau telah memperkenalkan Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov. Pavlov telah mengemukakan dua hukum iaitu menurut beliau proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Rangsangan merupakan agen persekitaran yang menimbulkan gerak balas manakala gerak balas pula ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.
 
Beliau pernah membuat eksperimen dengan seekor anjing. Pada awal eksperimen, beliau menunjukkan tulang kepada anjing tersebut. Anjing tersebut menunjukkan keterujaan dan terjelir jelir lidahnya . Kemudian beliau membunyikan loceng kepada anjing tersebut. Hasilnya anjing tersebut tidak memberikan apa apa reaksi. 
 
Selepas itu, beliau secara serentak membunyikan loceng dan memberikan anjing itu tulang. Pada waktu ini , anjing itu dapat mengaitkan bahawa apabila loceng berbunyi, anjing tersebut akan mendapat makanannya (tulang). Pada akhir eksperimen, Pavlov membunyikan loceng tanpa memberikan makanan kepada anjing tersebut. Anjing tersebut teruja dan terjelir jelir lidahnya.
Dalam konteks kucing ini, kucing ini akan berterusan ke meja pengunjung gerai restoren selagimana ada pergerakan kerusi, meja dan ada orang yang memberikan makanannya semasa mereka berada di kerusi tersebut. Mereka tidak lapar, mereka tidak dahaga. Tetapi ini merupakan gerak balas (meminta makanan/mengiyau) terhadap rangsangan (pengunjung duduk dan makan+ memberi makan) yang mereka terima. 
 
Menurut teori Ivan Pavlov ini, kita boleh mencegah daripada gerak balas ini (meminta makanan/mengiyau) dengan menghapuskan rangsangan yang ada iaitu tidak memberikan kucing makanan walaupun kita berada di sana.Lama kelamaan mereka akan berubah gerak balas ini apabila tidak ada makanan diberikan kepada mereka .
 
3) Sebagai seorang Islam, saya mempunyai adab untuk tidak menyakiti tuan punya kedai yang cuba untuk menjaga kebersihan kedainya. Ramai orang menyangka dengan memberikan tulang atau sisa makanan ke bawah meja untuk memberikan kucing makan, mereka akan mendapat pahala. Tidakkah mereka berfikir bahawa akibat tindakan mereka ini, tuan gerai, restoren menghadapi beberapa risiko terhadap perniagaannya seperti mengotorkan premis, menjemput haiwan yang lain datang seperti semut, tikus dan mungkin ulat, menyusahkan empunya premis untuk membasuh dan menyucikan kotoran akibat kebaikan kita dan mungkin menjauhkan pelanggan daripada kedai tersebut.
 
4) Memberi makanan kepada kucing liar di premis makanan mampu memberikan risiko keselamatan dan kesihatan kepada manusia lain. Banyak kes yang berlaku (boleh Google) melibatkan gigitan atau cakaran kuku kucing ini. Akibat daripada gigitan atau cakaran kuku kucing, ada yang demam panas , terkena jangkitan kuman, ada yang berisiko dipotong bahagian anggota badannya (penyakit kronik seperti kencing manis) dan pelbagai kesan lagi. Itu termasuk kepada penyakit yang berkait alahan kucing terutama pada bahagian bulunya. Kucing yang dijaga pun boleh memberikan kesan buruk akibat gigitan dan cakaran, apatah lagi kucing yang memang liar dan terbiar.
 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)