MENYANTUNI WARGA EMAS DI PARIT 1 TIMUR, SABAK BERNAM

0

 


Pada hari ini Peduli Sungai Besar dengan PERKOPP mengadakan serahan katil hospital wakaf ke Parit 1 Timur. Penerima katil wakaf hari ini merupakan seorang warga emas wanita berusia 81 tahun yang terlantar sakit akibat penyakit tua . Pesakit ini tidak lagi mampu untuk berjalan dan hanya terbaring di katil. Segala makan minum juga dilakukan di katil. Pesakit ini terpaksa memakai lampin dewasa pakai buang bagi mengelakkan najis mengotori katil.  Beliau dijaga sepenuhnya oleh anak, menantu dan cucunya yang tinggal bersama. Alhamdulillah, sumbangan katil ini amat bermakna kerana ia dapat digunakan untuk menguruskan warga emas ini. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada wanita warga emas ini dan diberikan kemudahan kepada keluarganya dalam menguruskannya. Amin.
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)