BERHENTILAH MEMPOLITIKKAN PENDIDIKAN

0

  

 Saya tak pelik apabila kerajaan menyalurkan bantuan kepada sekolah cina menjelang Hari raya aidilfitri. Cuma saya lagi pelik apabila orang cina lebih Melayu daripada orang Melayu. Saya  sendiri sebagai seorang guru kerajaan dan berbangsa Melayu menyokong penuh sumbangan kerajaan terhadap mana-mana institusi pendidikan TERMASUKLAH institusi pendidikan bukan Melayu . 

 
Mana-mana kerajaan pun yang memerintah Malaysia akan melakukan tindakan yang sama iaitu menyalurkan sumbangan kepada institusi pendidikan bukan Melayu kerana mereka juga adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia. Mereka juga membayar cukai dan mereka juga layak mendapat bantuan daripada kerajaan.
 
Rasanya perlu berhenti menggunakan racist card semata mata untuk mendapatkan sokongan daripada kaum kaum tertentu. Politik yang menunggang sentimen perkauman di Malaysia patutnya sudah tidak digunakan lagi kerana ia hanya menambah kekusutan politik dan perpaduan antara kaum yang sedia ada pada negara Malaysia. Cukuplah. Hampir 7 dekad kita membina negara . Takkanlah modal seperti ini masih kita mainkan? 
 

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)