TAMBATAN DIRAJA MENGGAMIT SEJARAH "JALAN RAYA" AIR PURBA NEGERI KELANTAN

0

 

Semasa berjalan-jalan di bandar Kota Bharu, teringin pula membawa isteri dan anak-anak melihat Sungai Kelantan yang mengalir gagah . Jadi saya singgah di suatu tempat yang dinamakan Tambatan Di raja. Tambatan DiRaja terletak di Jalan Post Office Lama di pinggir Sungai Kelantan, tidak jauh dari dari Padang Merdeka dan Bank Kerapu. 
 
Suatu masa dahulu, sistem perhubungan jalan raya sangat terbatas oleh masyarakat Kelantan, khususnya untuk ke kawasan pedalaman. Di Kota Bharu, Sungai Kelantan merupakan lebuhraya yang terulung ketika itu.Banyak tempat-tempat menambat dan melabuhkan perahu telah diwujudkan di sepanjang Sungai Kelantan oleh rakyat jelata dan bagi tujuan yang sama, Tambatan DiRaja telah dibina, khas bagi kegunaan golongan pemerintah ketika itu. 
 
Walaubagaimanapun, ianya dibina tidak dapat dipastikan tetapi diyakini sudah wujud sejak penubuhan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, iaitu lebih 160 tahun dahulu. Kini kawasan Tambatan DiRaja menjadi tumpuan penduduk Kota Bharu untuk beristirehat sambil menikmati pemandangan pinggiran Sungai Kelantan. Pada musim tengkujuh pula, Tambatan DiRaja sering dijadikan ukuran oleh penduduk Kota Bharu dalam menghadapi banjir. 
 
Penduduk setempat akan berkerumun ke sini semata-mata untuk memerhatikan turun naik aras air Sungai Kelantan. Keadaan tersebut menjadikan Tambatan DiRaja satu tarikan yang paling unik dan tersendiri di dalam bandar Kota Bharu.
 
 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)