ISTANA JAHAR KOTA BHARU : KRONOLOGI PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAYU KELANTAN

0

 

Secara jujurnya, walaupun saya dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan, saya tidak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana muzium di sini. Entahlah. Mungkin keluarga saya jenis tak suka berjalan-jalan . Tu yang tak pernah ke tempat-tempat pelancongan bersejarah seperti ini. Jadi saya pada hari ini bersama-sama keluarga melawat sebuah istana lama yang dinamakan ISTANA JAHAR. Istana Jahar terletak di bandar Kota Bharu Lama, tepi Sungai Kelantan, iaitu berhampiran Masjid Muhammad Kota Bharu.
Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara.
 
Mengikut sejarah , Istana Jahar ini mula dibina dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar.Tujuan pembinaan Istana Jahar oleh Sultan Muhammad II ini adalah untuk dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long Kundur Bendahara. 
 
Anak-anak begitu teruja melihat barang-barangan yang dipamerkan di sana kerana mereka dapat mengetahui banyak istilah dan pengetahun baru. Pada pendapat saya muzium ini sesuai untuk dilawati oleh seisi keluarga. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan iaitu RM 2.00 seorang bagi dewasa dan RM 1.00 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.
 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)